berita

Jom Rasai Pengalaman AR Digital Yang Pertama Di Legoland Malaysia Resort!

February 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Legoland Malaysia Resort telah melancarkan taman AR Digital pertama mereka. Kalau korang nak tahu, realiti tambahan (AR) ini adalah sejenis kesan visual yang dihasilkan oleh komputer di mana objek visual janaan komputer akan di tambah pada pemandangan dunia sebenar yang kelihatan di skrin paparan. Hasilnya pengguna yang memandang dunia sebenar melalui skrin komputer akan mendapati seolah-olah wujud berbagai objek lain lagi selain dari realiti sedia ada. Wow bestnya!

Buat pengunjung Legoland, gabungan realiti tambahan dan pengalaman kehidupan sebenar ini membolehkan korang berkongsi semangat Ninjago dan menjadi seorang Ninja yang hebat! Bukan itu sahaja, korang boleh menyelesaikan beberapa misi dan cabaran bersama watak Ninja kegemaran korang.

Jadilah Ninja dan lindungi Ninjago

Master Wu dan pasukan ninjanya telah mencari ‘Golden Amulet’ yang telah hilang. ‘Golden Amulet’ tersebut menyimpan rahsia Ninjago untuk jangka masa yang agak lama. Tanpanya, masa depan Ninjago berada dalam keadaan yang bahaya. Kini, Master Wu akan datang ke Legoland Malaysia Resort sambil mencari pahlawan untuk menyertai pencariannya. Korang dah bersedia nak jadi Ninja dan lindungi Ninjago?

Sempena meraikan ulang tahun yang kesepuluh Lego Ninjago juga, Legoland Malaysia mengajak korang semua untuk datang dan mempelajari gerakan ninja dalam usaha untuk membuka enam serpihan ‘Golden Amulet’ dan menyatukan semula mereka untuk melindungi legasi Spinjitzu. Ninjas, Kai, Cole, Zane, Jay, Lloyd dan Nya akan berkongsi kuasa individu mereka secara digital dan memimpin misi pencarian tersebut. Setelah selesai pencarian, korang akan diberi ganjaran untuk bermain video AR mini pengembaraan ini bersama pasukan Ninjago. Selain itu, korang juga berpeluang untuk menerima Golden Amulet sendiri. Best tak?

Banyak lagi aktiviti menarik!

Pengalaman realiti tambahan Lego Ninjago hanyalah satu daripada banyak pengalaman Ninjago yang menakjubkan untuk dinikmati di LEGOLAND Malaysia Resort sempena Tahun Baru Ini. Selain AR Digital, korang boleh sertai Master Wu dan Ninjanya dalam “Bengkel Ninja” untuk mempelajari kemahiran seni mempertahankan diri dan pergerakan Ninja! Korang juga boleh berhibur dan melihat sendiri tarian Topi Jerami yang menyeronokkan dan interaktif. Di samping itu, korang boleh berjumpa dengan Puteri Cina semasa mereka mempersembahkan Tarian Payung.

Bukan itu sahaja, korang boleh melihat Ninja Kai, Master Wu, Sharkie, dan Ollie si naga memakai pakaian Tahun Baru mereka. Penampilan istimewa daripada Pelakon Opera terkenal, Ceng du Opera dan Raja Monyet yang nakal juga bakal menghiburkan korang! Untuk maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti menarik di Legoland, korang boleh layari laman web rasmi Legoland Malaysia atau melalui laman media sosial di Facebook dan Instagram.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×