berita

Jom Rasai Pengalaman Imersif Minions Di Resorts World Genting Bermula Disember Ini!

December 1st, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Ba..ba..ba..baba..nana.. Haa..mana peminat Minions, mesti korang hafal lagu ni kan?

Yelah, bukan budak-budak je yang suka dengan Minions ni, orang dewasa pun sama.

Eh, min ada berita baik untuk korang ni, bermula Disember sehingga Mac tahun depan, korang boleh merasai pengalaman menjelajah ke pameran antarabangsa francais filem animasi paling berjaya di dunia, Illumination’s Despicable Me dan Minions iaitu A Minions Perspective di Resorts World Genting. Wohoo!

Selepas kejayaannya dan sambutan yang menggalakkan di Seoul, Shenzen, Shanghai, Pulau Jeju, Taipei Singapura dan Dalian, pameran berkeluasan 1,800 meter persegi ini buat julung kalinya akan diadakan di Malaysia pada 5 Disember 2023 sehingga 10 Mac 2024 bertempat di Pavilion Hall, Resorts World Genting.

Min yakin, korang memang takkan rugilah kerana pameran jelajah kali ni memang lain dari yang lain dan unik, di mana korang dapat menyelusuri watak-watak humor Kevin, Bob, Stuart, Gru dan babak-babak lucu di dalam filem Despicable Me dan Minions!

Pameran A Minions Perspective ini menampilkan 8 zon bertema, di mana korang boleh rasa betul-betul seperti berada dalam adegan paling ikonik daripada filem tersebut. Korang juga berpeluang menguji kemahiran korang dalam pelbagai permainan interaktif, mengambil gambar dengan watak kegemaran korang dan belajar menari seperti Balthazar Bratt. Best kan!

Yang lagi best, korang juga boleh dapatkan merchandise eksklusif Despicable Me dan Minions di kedai jualan A Minions Perspective. Haa..buat korang yang suka kumpul barangan Minions tu, bolehlah tambah koleksi sebab barangannya adalah untuk peminat dari semua peringkat umur!

Jadi, apa tunggu lagi, jom bawa anak-anak, ajak kawan-kawan dan keluarga untuk terokai pengalaman imersif yang mengujakan di dunia Gru, anak-anak perempuannya dan Minions nakal dengan telatah menghiburkan.

Berikut merupakan senarai harga tiket masuk ke A Minions Perspective:

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, korang boleh klik di sini. 

SKIP THIS AD ×