berita

Jom Rasai Pengalaman ‘Melancong’ Ke Hong Kong Dengan Video VR. Memang Real!

March 15th, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Hmm..bilalah kita nak bercuti, passport pun dah berhabuk! Sebaik je kita dibenarkan melancong ke luar negara nanti, kemanakah tempat yang paling korang nak pergi? Pilihan admin, mestilah ke Hong Kong. Eh, tapi tak payah tunggu sempadan dibuka pun, sebab sekarang dah boleh melancong ke Hong Kong tau!

Kalau korang nak tahu, baru-baru ini, Hong Kong Tourism Board telah melancarkan 360 Hong Kong Moments sebagai inisiatif global untuk kita merasai sendiri pengalaman meneroka bandar Hong Kong sebagai destinasi pelancongan terkemuka melalui pengalaman realiti maya (VR)! Cool habis!

Menariknya, video VR 360 Moments Hong Kong ni akan bawa korang jalan-jalan ke beberapa lokasi menarik disamping menikmati pemandangan yang menakjubkan di sekitar bandaraya Hong Kong. Sekurang-kurangnya terubatlah sikit rindu nak pergi bercuti kan?

Nak tahu antara lokasi yang korang boleh “lawati”?

1.Urban Jungle – Quarry Bay

Quarry Bay adalah kawasan yang terletak di daerah timur Pulau Hong Kong. Kalau korang inginkan tempat yang bukan mainstream di Hong Kong, korang boleh kunjungi kawasan Quarry Bay yang terkenal dengan gelaran ‘monster building’.

Tempat ini merupakan sebuah kompleks kediaman yang padat dengan penduduk dan menjadi salah satu spot favourite pelancong untuk bergambar dengan berlatar belakangkan bangunan unik. Memang insta-worthy sangat!

2. Victoria Harbour – Causeway Bay Typhoon Shelter

Untuk pengetahuan korang, Victoria Harbour adalah pelabuhan terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia tau! Dari kapal kargo ke Star Ferries, kapal pesiar, kapal nelayan dan pelbagai lagi, menjadikan bandar ini sebagai salah satu pelabuhan tersibuk di dunia!

Setiap malam, pelancong juga boleh menikmati pertunjukan lampu paling epik di Hong Kong iaitu A Symphony of Lights dan melihat keindahan Hong Kong dari landskap yang berbeza. Memang wow sangat!

3. Ding Ding Tram – Hong Kong Island

Tak lengkap rasanya ke Hong Kong kalau tak menaiki Ding Ding Tram. Tram dua tingkat ni telah menjadi ikon bandar dan merupakan pengangkutan kegemaran pelancong untuk menikmati keindahan sekitar bandar Hong Kong.

Kalau korang nak tahu, ia digelar Ding Ding Tram oleh penduduk tempatan disebabkan honnya yang berbunyi “ding-ding” sebagai memberitahu kedatangannya kepada pejalan kaki.

4. Thrilling Nights – City Hall Carpark

Terkenal dengan bangunan pencakar langit dan pemandangan dari lampu-lampu yang memukau, rugi rasanya kalau korang hanya habiskan masa di bilik hotel dan tak keluar meneroka panorama malam di bandar Hong Kong.

Di dalam video ini juga, korang berpeluang untuk menyaksikan persembahan teater dan muzikal di Hong Kong City Hall. Memang menyeronokkan!

5. City vs Nature – The Peak, Bowen Road, Wanchai dan Causeway Bay roundabout

Walaupun Hong Kong merupakan hutan konkrit yang pesat membangun, tetapi sebenarnya 75% dari kawasannya adalah merangkumi alam semulajadi dan tumbuhan hijau.

Salah satu destinasi wajib kunjung apabila ke Hong Kong adalah The Peak, di mana korang boleh menikmati pemandangan dan kehijauan sambil menghirup udara segar di bandar Hong Kong!

6. Aktiviti luar yang menarik – Lion Rock, Wang Chau, Sai Kung, Tai O dan banyak lagi

Asyik dengan kesibukan kota, 360 Hong Kong Moments juga akan membawa korang keluar dari keriuhan bandar ke tempat-tempat semula jadi, lokasi untuk melakukan aktiviti luar, serta spot popular kegemaran pelancong untuk menikmati makanan autentik Hong Kong!

Korang juga akan merasa lebih dekat dengan alam semulajadi dengan menyaksikan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan di Geopark serta keindahan pantai yang kita tak akan dapat jumpa di tengah-tengah bandaraya yang sibuk.

Hong Kong Tourism Board nak bagi 10 kit VR ni! Nak tahu macam mana nak menang?

Untuk hilangkan rasa rindu korang yang dah lama tak travel tu, Hong Kong Tourism Board bermurah hati nak beri 10 kit VR yang terdiri daripada DIY VR Headsets, buku mewarna edisi terhad dan jigsaw puzzle untuk korang!

Untuk menang, korang hanya perlu:

  1. Kongsikan tempat yang ingin korang lawati di Hong Kong dan jelaskan mengapa di bahagian komen di sini. 
  2. Tag dua rakan korang
  3. Jawapan yang paling kreatif akan dipilih menjadi pemenang dan berpeluang untuk bawa pulang salah satu set kit VR. Yeay!

Senang je kan?

Tempoh peraduan: 15 Mac hingga 31 Mac 2021

Tertakluk terma dan syarat

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Youtube 360 Hong Kong Moments untuk menikmati lebih banyak momen indah di Hong Kong!

SKIP THIS AD ×