berita

Jom Rebut Promosi Riuh Rio & Banyak Lagi Tawaran Eksklusif Dengan Hanya RM9.99 Di McDonald’s!

June 18th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Eh, apa yang riuh riuh ni? Haa..kami ada berita gempak nak kongsi dengan korang ni. Bermula sekarang hingga 20 Jun 2021, korang boleh dapatkan set Burger Rio di McDonald’s pada harga istimewa iaitu RM9.99 sahaja. Wow!

Istimewa Riuh Rio edisi terhad!

Kalau korang nak tahu, McDonald’s mula perkenalkan Burger Rio sewaktu Sukan Olimpik Rio 2016, tapi sampai sekarang ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan Burger Rio ni setiap tahun.

Mana taknya, Burger Rio ni bukan je boleh didapati pada edisi terhad, tapi rasanya yang luar biasa dengan patty ayam rangup dan daging digrill sempurna, memang boleh buat jatuh cinta pada setiap gigitan tu!

Didatangkan dengan dua pilihan, iaitu Ayam dan Daging, Burger Rio ni dilapisi sayur-sayuran segar, kepingan keju, diapit dengan roti ban bijan hitam putih dan ditambah pula dengan ramuan istimewa iaitu sos Rio, perghh, sekali gigit pun dah boleh buat macam korang seperti berada di Brazil!

Yang membuatkan Burger Rio ni special ialah sos Rio tu sendiri, rasa pedas menyengat dan semestinya sedap! Tu yang buat macam nak makan hari-hari. Admin pun dah meleleh air liur ni!

Kalau korang perasan, bentuk roti ban Burger Rio yang ditabur dengan bijan hitam dan putih ni seakan-akan bentuk bola sepak kan, comel betul!

Lebih menarik, dengan hanya RM9.99, korang boleh nikmati Burger Rio dalam set bersama Kentang Goreng (M) dan Coke Float (M). Memang puas hati betul!

Dah lah senang je korang nak dapat promo ni, sama ada melalui pandu lalu, kaunter hadapan McD ataupun servis McDelivery.

Ada banyak lagi kombo lain yang korang boleh nikmati!

Bukan itu je, guys. Bermula hari ini hingga 23 Jun 2021, korang juga boleh dapatkan pelbagai set hidangan lazat di McDonald’s, dengan RM9.99 sahaja!

Ia termasuklah set sarapan pagi, makanan tengah hari dan makan malam.Yang lagi best, korang boleh rebut tawaran hebat ni setiap hari, tapi promosi ni hanya boleh didapati melalui GMAL – Aplikasi McD tau!  

Ada McMuffin, bubur ayam, sundae dan banyak lagilah! Cakap pun tak guna, korang tengoklah sendiri!

Jom pesan hari ini juga!

Tunggu apa lagi? Jom pesan set Burger Rio atau kombo lain sekarang sementara promosi RM9.99 masih berlangsung! Nanti promo dah habis, jangan menangis pulak.

Korang boleh dapatkannya di McDonald’s berdekatan korang atau melalui Drive-Thru. Nak lagi mudah, pesan je secara online dengan McDelivery. Lebih mudah dan selamat!

SKIP THIS AD ×