berita

Jom Sapot Barang Lokal Di Agrobazaar Sempena Jualan Murah 12.12 Nanti. Macam-Macam Ada!

December 11th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

 

Sejak pandemik Covid-19, kita semua hidup dengan norma baharu. Bahkan gaya hidup sedikit demi sedikit juga mula berubah termasuklah pemilihan cara pembelian barangan keperluan seperti dalam talian. Tapi, ini sangat memudahkan sebab apa yang kita nak semua ada.

Jadi sempena 12.12 nanti, AgroBazaar membuat jualan murah dan korang boleh rebut peluang ni untuk dapatkan harga yang berbaloi di samping menyokong produk tempatan kita. Nak tahu apa yang best? Jom tengok dulu… 

Nak beli barang keperluan harian, tempah hotel atau perkhidmatan, semua boleh!

Di Agrobazaar Online banyak tau benda yang korang boleh dapat. Dari barang basah, perkhidmatan atau pelancongan, semua korang boleh dapat. Korang tinggal pilih je apa yang korang nak.

Memandangkan sekarang korang buat apa-apa semua online je kan? Apa kata barang basah atau pun apa saja yang diperlukan, korang dapatkan melalui Agrobazaar Online. Memang sangat mudah sebab korang tak payah pun nak keluar rumah beli sendiri. Jimat masa weh!

Boleh guna kod baucar diskaun yang disediakan!

Membeli-belah dalam talian ni satu benda yang seronok sebab barang dihantar terus ke rumah korang. Tapi, ada yang lagi best tau bila korang buat pembelian dengan Agrobazaar Online. Apa dia tu?

Haa… bila dah seronok add to cart tu, jangan lupa untuk guna salah satu antara senarai kod baucar yang mereka dah bagi mengikut kedai yang ada tau.  Memang berganda-ganda murah sampai korang pun tak boleh nak bayangkan dia punya murah tu guys..

Nikmati potongan harga sehingga 30% pada 12.12!

Alamak! Bukan setakat boleh guna kod baucar yang disediakan, malah korang akan dapat potongan harga sehingga 30% tau sempena jualan 12.12 dan akhir tahun nanti!

Paling best, penghantaran pun percuma* tau! Dahlah murah dan berbaloi, lepas tu dapat pula free delivery, seronok weh! Tapi, pembelian bermula pada 12 Disember 2020 hingga 1 Januari 2021 je tau!

*tertakluk pada terma dan syarat

Harga murah dan macam-macam ada. Download aplikasi Agrobazaar sekarang!

Korang tunggu apa lagi tu? Nak beli barang atau memerlukan sebarang perkhidmatan, boleh dapatkan segera di Agrobazaar Online. Bukan setakat memudahkan korang tapi dapat membantu peniaga-peniaga kecil dengan support barang lokal.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web Agrobazaar Online dan juga boleh memuat turun aplikasi Agrobazaar Online secara percuma di Google Store dan App store!

SKIP THIS AD ×