berita

Jom selfie! Instagrammable Spot Baru Ni Akan Buat Korang Terasa Seperti Mengembara Ke Serata Dunia!

December 10th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Dah kering idea ambil gambar yang instagrammable? Jom ke Tradex 2021! Bukan je korang boleh bergambar sakan dengan set-up pelbagai luar negara yang disediakan malah ada macam-macam lagi aktiviti menarik menanti korang!

Ada banyak peraduan korang boleh sertai dan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti iPhone 13 Pro, iPad Air, Instax Polaroid Camera dan banyak lagi!

Bertempat di MATRADE Exhibition and Convention Centre, expo ni akan berlangsung selama 6 hari bermula 17-22 Disember dari 10 pagi hingga 10 malam.

Korang boleh dapatkan tiket masuk di sini: http://t2u.asia/e/26459

Rindu ke luar negara? Ini peluang korang untuk berjalan sampai ke kota London!

Kami faham mesti ramai yang rindu sangat nak ke luar negara kan? Haa.. ubati rindu korang tu dengan bergambar di set-up pelbagai negara termasuk Korea, Thailand, China, Paris, Jepun dan Thailand.

Tengok jelah gambar dekat bawah ni, memang nampak real habis! Airport pun ada sekali dekat sini guys..

Lepas puas berjalan sakan ke pelbagai negara tu jangan lupa akhiri trip korang dengan singgah makan atau lepak-lepak dekat Food Truck Fest pula!

Ada macam-macam pilihan makanan termasuklah Kenny Rogers, Krispy Kreme, Pizza Hut dan banyak lagi!

Sambil lepak dengan member atau keluarga tu jom layan persembahan busker yang semestinya asyikkkkkk!

Konsert mini, demo masakan & fashion show pun ada!

Setiap hari sepanjang Tradex Exponanza 2021 berlansung, korang bakal dihiburkan dengan konsert mini bersama Hael Husaini, Azlan Typewritter, SONAONE dan ramai lagi!

Sertai peraduan menarik sempena Tradex 2021 di media sosial!

Bila dah travel, mesti tangkap gambar yang cantik untuk dijadikan momen indah kan? Apa kata korang sertai peraduan ni dan kongsikan sikit pasal travel korang tu bersama gambar travel yang menarik di Facebook Page Tradex 2021. Hadiah lumayan tau!

Antaranya!

  • Hadiah Utama: iPad Air Generasi Ke-4 + 10x tiket pas harian
  • Naib Johan Pertama: Instax Mini 11 Polaroid Camera with 2 packs of films + 10x tiket pas harian
  • Naib Johan Kedua: Huawei Band 6 + 10x tiket pas harian

Cara penyertaan:

  • Daftar sekurang-kurangnya 1x tiket Kemasukan Percuma ke Tradex 2021 melalui http://t2u.asia/e/26459 (DM Facebook Tradex 2021 sebagai bukti RSVP)
  • Like Facebook Page Tradex 2021 dan Qube Integrated Malaysia.
  • Komen dalam post ini bersama gambar travel korang dan cerita di sebaliknya.
  • Ajak rakan Facebook korang untuk like gambar korang!

Peraduan akan tamat pada 15 Disember 2021 (Rabu) dan pemenang akan diumumkan pada 17 Disember 2021 (Jumaat). Sempat lagi nak join la guys!

Senang cakap dekat Tradex 2021 memang syok untuk semua! Mudah kan? Dekat satu tempat je korang dapat buat macam-macam benda, jimat minyak geng!

Jangan lupa untuk kosongkan jadual dan jom ke Tradex 2021 yang akan bermula tak lama lagi! Ianya terbuka untuk semua orang dengan kawalan SOP yang ketat.

Jadi tak perlu risau tentang kawasan penuh sesak dengan orang ramai dan risiko terdedah kepada bahaya sebab semuanya akan dikawal penuh bagi memastikan keselamatan korang terjamin.

Sokong Perusahaan Kecil Sederhana Malaysia di Jualan Akhir Tahun Exponanza!

Tradex 2021 adalah tempat paling sesuai untuk korang shopping hujung tahun sebab ada Year End Sales! Nak beli barangan rumah, perabot, pakaian, produk kecantikan atau seni dan kraf semuanya ada!

Siapa lagi nak sokong peniaga tempatan kalau bukan kita sendiri? Masa Tradex 2021 nanti, ada Jualan Akhir Tahun Exponanza tau. Jangan terlepas sale gempak macam ni!

Banyak barang yang korang boleh shopping nanti seperti makanan dan minuman, kecantikan, fesyen, seni dan kraf, media dan hiburan, perabot atau hiasan rumah dan sebagainya!

Selain tu, ada banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh enjoy sewaktu Tradex 2021. Antaranya Giant Foosball Games, Pameran Kerjaya dan Cabutan Bertuah dengan hadiah utama yang menarik seperti iPhone!

Untuk maklumat lanjut, rujuk jadual kat bawah:

Konsert Mini

Tak cukup dengan tu korang juga boleh ikuti demo masakan daripada chef terkenal seperti Chef Malcolm Goh dan Chef Zamir (Juara MasterChef Malaysia).

Demo Masakan Chef

Buat si kaki fashion korang bakal jadi antara yang terawal untuk melihat koleksi bertemakan ‘Next Year Trend’, ‘Wedding Gown’ dan ‘Lifestyle’.

Pertunjukan Fesyen

Bagi korang yang sukakan aktiviti kecergasan, korang pastinya akan tertarik untuk mengikuti Konvensyen Kecergasan seperti program Yoga, Body Attack dan Body Combat!

Konvensyen Kecergasan

  • 19 Disember 2021
    Program:
    • Yoga
    Body Attack & Body Combat

Sukakan haiwan yang comel belaka? Meh datang ke Zoo Haiwan Peliharaan Mini. Banyak haiwan yang korang boleh tengok. Kalau ajak budak-budak mesti suka punya!

Zoo Haiwan Peliharaan Mini

  • 17-19 Disember 2021
    Kucing, arnab, ular, kura-kura, guinea pigs

Korang boleh dapatkan tiket masuk di sini: http://t2u.asia/e/26459

Untuk info lebih lanjut, boleh terus ke Facebook Page Tradex 2021.

SKIP THIS AD ×