berita

Jom Serbu Karnival Jom Heboh Di Angsana Johor! Ada Persembahan Selebriti Terkenal & Peluang Menang Hadiah Ribuan Ringgit

October 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Jom Heboh

Karnival Jom Heboh (KJH) kembali lagi menggegarkan Negeri Johor selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober (Jumaat, Sabtu & Ahad), bertempat di Angsana Johor Bahru Mall.

Artikel Berkaitan: Karnival Jom Heboh BABA’S Pulau Pinang Sedia Pelbagai Aktiviti & Hadiah Menarik Buat Pengunjung!

Artikel Berkaitan: 360,000 Pengunjung Meriahkan KJH,Ulang Tahun TV3 Ke-39

Hadiah & konsert

Jom Heboh

Johor merupakan lokasi keempat bagi KJH selepas mendapat sambutan luar biasa daripada Negeri Kelantan (7-9 September), Pulau Pinang (28-30 Julai) dan Selangor (2-4 Jun) yang meraih lebih daripada 300,000 pengunjung di setiap lokasi.

Sepanjang tiga hari ‘berkampung’ di Johor ini, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memberikan hiburan serta kenangan kepada warga kota Johor.

Hadiah menarik turut disediakan menerusi reruai Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Hot FM, dan Seismik TV.

Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan konsert KJH yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Oktober (Sabtu dan Ahad) pada pukul 9.00 malam.

Berseronok sambil beramal

Jom Heboh

Sambil berhibur seisi keluarga, kita juga jangan lupa kepada mereka yang kini ditimpa dengan pelbagai ujian. Jom sama-sama hulurkan sumbangan dalam membantu mangsa yang terkesan akibat konflik di Palestin menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang telah diaktifkan semula susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin.

Sumbangan anda  boleh disalurkan terus kepada di akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Tidak dilupakan juga, selain reruai di bawah naungan Media Prima, reruai lain juga turut menyediakan promosi hebat dan hadiah menarik seperti F&N, Pocky, Watsons dan banyak lagi. Reruai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menawarkan servis perkhidmatan seperti semakan penyata dan semakan caruman secara percuma.

Selain dari itu, anda sekeluarga boleh luangkan masa bersama sambil menikmati makanan yang hangat diperkatakan di media sosial seperti Kunafa Ojen, Cikidot, Vicha Bakso Beranak dan banyak lagi. 

Budaya Johor

Jom Heboh

Johor sememangnya terkenal dengan tarian zapin dan mempunyai keunikan tersendiri daripada segi gerak tari, muzik, seni kata dan pakaian. Untuk mengangkat seni tarian tradisional terkenal negeri ini, Studio Tonton Drama Sangat akan menganjurkan Pertandingan Tarian Zapin Kreatif terbuka kepada kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah.

Pertandingan ini juga dibuka kepada mana-mana sekolah dan persatuan. Pertandingan ini telah berlangsung semalam bersamaan 28 Oktober dan pemenang telah membawa pulang hadiah utama berjumlah RM3000.

Reruai STDS juga turut menampilkan Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Pertandingan ini bertujuan untuk memperkasakan tradisi busana tradisional Malaysia dalam kalangan generasi muda agar pakaian ini tidak tenggelam dek zaman.

Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak yang diadakan pada Jumaat lalu telah menawarkan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM300.

Selebriti tanah air

Jom Heboh

Studio Tonton Drama Sangat sentiasa menghimpunkan program-program menarik dan selebriti popular khas kaki-kaki drama. Khas buat KJH Johor ini, selebriti yang bakal hadir adalah Afifah Nasir (Samarinda: Haloba), Ummi Nazeera (Samarinda: Surat Dari Tuhan), Wani Kayrie (Lestary: Melastik Ke Hatimu 2), Sherry Ibrahim (Samarinda:Haloba), Sharifah Sakinah (Tonton: Pendamping), Wanna Ali (Akasia: Bukan Sekadar Lafaz), Ahmad Idham (Akasia: Bukan Sekadar Lafaz), Cef Naem (TV9: Dapur Tempur Selebriti), Michael Ang (TV9: Dapur Tempur Selebriti), Achey (TV9: Dapur Tempur Selebriti) dan ramai lagi.

Buat julung kalinya, TV9 akan mengadakan Sukaneka Janji Happy khas buat warga Selatan! Kepada pengunjung yang ingin menyertai aktiviti sukaneka bersama selebriti, ini masanya kerana TV9 bakal menyediakan hadiah misteri buat pengunjung yang menyertai. Sukaneka Janji Happy ini akan diadakan pada hari ini di luar pekarangan Studio Tonton Drama Sangat. 

Konsert KJH akan diserikan dengan barisan artis seperti Wany Hasrita, Shiha Zikir, Sofarz, Kmy Kmo & Luca Sickta, Lan Solo, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Stacy Anam, Nabila Razali, Zizi Kirana, Akim Ahmad, Naim Daniel dan Estranged pada 28 dan 29 Oktober (Sabtu dan Ahad), pukul 9.00 malam! 

Jom Lokal Jam juga kembali dan telah menemani anda pada Jumaat lalu yang bermula pada pukul 9.00 malam di Pentas Utama KJH. Ayuh saksikan dan sokong bakat baharu yang ingin mengekspresikan bakat mereka! Kepada sesiapa yang berminat untuk serlahkan bakat nyanyian yang terpendam, anda masih berpeluang untuk tunjukkan bakat anda dengan menyertai Jom Lokal Jam.

Jom semua warga Johor dan Selatan, jangan lupa serbu Karnival Jom Heboh Johor yang sudah berlangsung sejak 27 hingga 29 Oktober 2023 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Padang A & B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru bermula seawal pukul 9.00 pagi! Hari ini hari terakhir, kalau tak pergi memang rugi.

Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

SKIP THIS AD ×