berita

Jom Serbu Watsons Sebab Syok Members Sale Kini Dah Kembali Dengan Tawaran Yang Lebih Menjimatkan. Bestnya!

September 6th, 2018 | by Mastura
Gaya Hidup

 

Korang mesti suka beli barang kat Watsons kan? Yelah, Watsons kan ada macam-macam produk kecantikan dan kesihatan. Sampai rambang mata kadang-kadang nak pilih.

Ni nak bagitau, Watsons Sale dah kembali tapi kali ni untuk ahli Watsons je! Haa.. Korang apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ni!

Syok Members Sale tawar diskaun sehingga 50% kepada ahli Watsons

Yup, Korang tak salah baca! Jualan Syok Members Sale kini kembali dengan tawaran yang lebih menarik dan korang boleh jimat sehingga 50%.

Sale ni dah pon bermula dan akan berakhir pada 1 Oktober untuk Semenanjung Malaysia dan 8 Oktober untuk Sabah & Sarawak.

Nak tau apa yang menariknya dengan Syok Members Sale kali ini? Kalau korang berbelanja RM 50 ke atas di kedai-kedai Watsons atau secara atas talian, korang berpeluang untuk mendapat baucar PERCUMA bernilai RM500!

Bukan itu saja tau! Terdapat 2 buah Mazda CX-5s yang boleh korang menangi. Tapi untuk menang kereta ni, korang kenalah berbelanja secara eksklusif RM 50 untuk produk berjenama Watsons saja.

Syok Members Fair tawar lebih banyak ganjaran & promosi istimewa!

Tempat: One Utama

Tarikh: 5-9 September 2018

Haa..  Ni nak bagitau juga kalau korang jadi 300 orang ahli Watsons yang terawal hadir ke Syok Members Fair ni, korang akan dapat baucar membeli-belah bernilai RM50 dan juga hadiah eksklusif bila korang beli barang.

Terdapat banyak lagi tawaran menarik dan promosi istimewa untuk ahli Watsons sahaja.

Best ke jadi member Watsons ni?

Ni kami senaraikan manfaat yang korang dapat kalau jadi ahli Watsons:

  • Keahlian seumur hidup
  • Dapat kutip mata ganjaran setiap kali berbelanja
  • 2x mata ganjaran untuk setiap produk Watsons
  • 5x mata ganjaran bila berbelanja pada hari lahir
  • Ganjaran kesihatan
  • Boleh buat pembayaran menggunakan mata ganjaran
  • 5x mata ganjaran setiap kali membuat bayaran dengan Watsons Touch & Go
  • #watsonsreward di lebih 1000 rangkaian rakan niaga

Korang belum jadi ahli lagi? Haa.. apa kata korang singgah kat mana-mana lokasi Watsons yang berdekatan korang atau pergi Syok Members Fair untuk mendaftar sebagai ahli.

Kalau korang nak tau lebih banyak tentang promosi atau event yang Watsons buat, apa kata korang follow je Facebook Watsons Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ni tau!

Most Read Today