berita

Jom Sertai Kempen Amal Secawan Kasih, Sedekah Budi Bersama IlaoIlao Di Bulan Ramadan

May 3rd, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

orang ramai di IlaoIlao

Wah, dah nak masuk bulan Ramadan! Tak perasan pun. Cepatnya masa berlalu. Bulan ni la yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Seronoknya. Korang pun mesti dah tak sabar nak puasa kan?

Di bulan Ramadan, selain berpuasa kita juga digalakkan untuk melakukan amal kebajikan. Salah satu daripadanya adalah bersedekah. Haa, apa kata korang join satu kempen amal ni? Boleh tambah pahala lebih! Kempen apa agaknya?

Kempen Amal Secawan Kasih, Sedekah Budi bersama IlaoIlao

Cuba korang bayangkan nasib mereka yang menyambut Hari Raya tanpa keluarga di sisi. Kasihan kan? So, sempena bulan Ramadan yang mulia ini, IlaoIlao mengadakan Kempen Amal Secawan Kasih, Sedekah Budi khas buat mereka yang kurang berkemampuan. Bagusnya!

Kempen ni dah pun bermula dan akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan, sehingga 3 Jun 2019. Korang dah boleh start menyumbang la sekarang. Tak tahu macam mana? Meh sini, kami bagitahu caranya..

Cara nak sertai kempen pun menarik, senang pulak tu

Caranya? Korang hanya perlu pergi ke IlaoIlao yang terdekat dan berikan sumbangan sebanyak RM3.50 untuk kempen ni. Korang akan dapat cawan kosong IlaoIlao untuk korang tulis ucapan Raya kat situ. Senang je kan?

Untuk makluman, cawan yang diberikan adalah bersaiz kecil. Kalau korang rasa satu cawan tu tak cukup, boleh je derma banyak kali. No problem la. Oh ya, korang mesti terfikir, buat ucapan Raya untuk siapa? Haa, jangan terkejut tau.

IlaoIlao akan pergi ke rumah anak-anak yatim yang terpilih apabila kempen berakhir!

Kalau korang nak tahu, diorang akan hantar yogurt beku IlaoIlao dalam cawan-cawan yang korang sumbangkan ke rumah anak-anak yatim terpilih. Anak-anak yatim tu mesti seronok nanti!

perempuan melayu dengan IlaoIlao

Paling menarik tentang kempen ni, seorang anak yatim akan dapat satu cawan IlaoIlao yang tertera dengan ucapan Raya korang. So, korang tulis la ucapan menarik yang boleh buat anak-anak yatim ni happy. Confirm diorang suka punya.

Kalau korang nak tahu, cawan baru akan diletak di atas cawan korang tu supaya kebersihan terjamin. Bagus juga tu. Sekurang-kurangnya anak-anak yatim tu boleh simpan cawan korang sebagai momento. Orang kata, buat kenang-kenangan. Hehe.

Di sini kami senaraikan cawangan IlaoIlao yang ambil bahagian dalam Kempen Amal Secawan Kasih, Sedekah Budi. Korang pergi mana yang terdekat dengan korang ya.

  • Mid Valley Megamall
  • KLCC Mall
  • Taman Tun Dr Ismail
  • Melawati Mall
  • One Utama
  • Eco Ardence Lab, Shah Alam
  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Aman Central, Alor Setar

Kami ingatkan lagi yang kempen ni sehingga 3 Jun 2019. Dah boleh mula menyumbang la. Jangan lupa kongsi berita ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang tau. Boleh ajak diorang buat amal jariah sama-sama.

Nak info lebih lanjut, korang boleh ke Facebook Page IlaoIlao Malaysia ni okay? Korang boleh follow  Instagram IlaoIlao Malaysia ni jugak. Sekian, selamat menderma di bulan Ramadan. Puasa jangan tak puasa tau!

SKIP THIS AD ×