berita

Jom Sertai Larian Lazada Run, Bolot Hadiah Lumayan Cecah Sehingga RM21,200!

June 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara iaitu Lazada bakal menganjurkan larian, Lazada Run yang akan berlangsung pada 16 Julai 2023 (Ahad) di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Lazada Run bakal cipta sejarah

YB Hannah Yeoh menandatangani kemeja-T Lazada RUN, menandakan penyertaan dan sokongan beliau mempromosikan sukan untuk semua.

Acara larian serantau yang bakal mencipta sejarah ini dianjurkan di enam buah negara bermula di Ho Chi Minh (23 April), diikuti Jakarta (11 Jun), Bangkok (25 Jun), Manila (2 Julai), Kuala Lumpur (16 Julai) dan acara finale di Singapura pada 23 Julai 2023.

Acara Lazada Run di Malaysia menampilkan tiga kategori iaitu 5KM (untuk kanak-kanak dan dewasa), 10KM dan 21KM dengan menawarkan hadiah baucar tunai sehingga RM21,200. Sangat lumayan dan berbaloi untuk dimenangi!

Tiket penyertaan berpatutan

Tiket penyertaan bagi bagi kategori 5KM, adalah sebanyak RM54 bagi kanak-kanak dan RM69 bagi dewasa. Bagi kategori 10KM, tiket penyertaan berjumlah RM84 manakala RM99 bagi kategori 21KM.

Apa yang menariknya, semua peserta Lazada Run yang berjaya menamatkan larian bakal menerima pingat istimewa dan juara Kategori Terbuka larian 10KM dan 21KM (lelaki dan wanita) berpeluang terbang ke Singapura dan bersaing dengan pemenang dari negara lain dalam acara finale Lazada Run.

Hadiah yang lumayan, berbaloi

Selain tiga kategori larian, orang ramai juga boleh menyertai kategori Cart Dash dimana para peserta perlu berlari sepanjang 30 meter sambil membawa troli dan mengumpul sebanyak mungkin kotak hadiah. Pelbagai jenis hadiah misteri yang terdapat di dalam kotak tersebut termasuk baucar, tawaran, diskaun dan produk dari Lazada serta rakan penaja Lazada Run.

Jadi, tunggu apa lagi? Banyak hadiah lumayan yang menanti anda semua! Jom ramai-ramai kita kekal sihat dan cergas dengan menyertai Lazada Run 2023.

Daftar Lazada Run sekarang sebelum 30 Jun dan pastikan anda menggunakan kod promosi eksklusif LAZADARUN20 untuk menikmati diskaun sebanyak RM20, tawaran istimewa ini khas buat semua pembaca OhBulan!

Tiket untuk menyertai larian Lazada Run boleh dibeli secara langsung melalui aplikasi Lazada. Anda hanya perlu klik ikon ‘Lazada Run’ di tab ‘Utama’ atau taip ‘Lazada Run’ di medan carian. Untuk info lebih lanjut, sila klik pautan ini.

SKIP THIS AD ×