berita

Jom Sertai Program “LBS, Home Makeover With Goodnite” & Ubah Suai Rumah Korang Secara Percuma!

January 16th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Siapa je yang tak nak ubah suai kediaman secara percuma especially, bila korang dapat ubah suai ruang tamu, bilik tidur ataupun ruang makan, betul tak?

Inilah keistimewaan pembeli kediaman LBS Bina. Korang berpeluang ubah suai kediaman korang tanpa perlu keluar modal melalui program kesetiaan pelanggan “LBS, Home Makeover With Goodnite” yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Menang pakej ubah suai ruang tamu & bilik tidur bernilai sehingga RM150,000!

Kalau korang nak tahu program kesetiaan pelanggan “LBS, Home Makeover With Goodnite”  ini merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak LBS Bina Holdings untuk menghargai pelanggan mereka.

Lagipun, mereka tahu dan faham nak memiliki kediaman impian memerlukan banyak proses termasuklah pengubahsuaian kediaman dibahagian tertentu. Jadi, mereka nak bantu wujudkan impian korang melalui program kesetiaan pelanggan “LBS, Home Makeover With Goodnite”  .

Berikut ialah hadiah yang menanti pemenang program kesetiaan pelanggan “LBS, Home Makeover With Goodnite”!

Hadiah Utama: Pakej ubah suai rumah bernilai RM25,000 x (3 pemenang)

Naib Juara Pertama: Baucar tunai daripada Goodnite bernilai RM10,000  x (2)

Naib Juara kedua: Baucar tunai daripada Goodnite bernilai RM7,000 (2)

Naib Juara ketiga: Baucar tunai daripada Goodnite bernilai RM5,000 x (2)

Naib Juara keempat: Baucar tunai daripada Goodnite RM3,000 x (2)

Naib Juara kelima: Baucar tunai daripada Goodnite RM1,000 x (10)

Hadiah Saguhati:

Baucar tunai daripada Goodnite bernilai RM500 x (30)

E-baucar daripada Watsons Bernilai RM100 x (20)

Tak hairanlah, kebanyakan pelanggan yang pernah beli rumah dengan mereka repeat 2, 3 kali pembelian. Rupanya, banyak ganjaran dan kelebihannya yang mereka dapat sebagai pemilik kediaman LBS Bina Holdings.

Ambil gambar & lengkapkan slogan untuk menang!

Mudah je nak sertai peraduan “LBS Home Makeover with Goodnite”. Korang ikut je langkah-langkah yang min kongsikan dibawah. Mana tahu korang adalah pemenang yang mereka cari-cari.

Langkah 1: Pastikan korang layak! Penyertaan ini HANYA terbuka kepada pembeli langsung kediaman LBS. Satu kediaman, satu penyertaan.

Langkah 2: Ambil gambar bahagian rumah yang korang nak ubah suai. Korang boleh pilih sama ada nak ubah suai ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur. So, pilih betul-betul.

Langkah 3: Lengkapkan slogan “saya nak menag #LBSGoodniteHomeMakeover kerana…………….

Langkah 4: Hantar penyertaan korang.

Langkah 5: Penyertaan korang hanya dianggap lengkap apabila korang dah like dan follow Facebook & Instagram LBS Bina. Kalau tak like dan tak follow, tak boleh menang tau.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom sertai peraduan program kesetiaan pelanggan “LBS Home Makeover with Goodnite” sekarang juga.

**Penyertaan sah bermula pada 3 Januari 2023 sehingga 30 April 2023

Mahu berikan yang terbaik buat pelanggan!

Selaku peneraju perbandaran terkemuka di peringkat Antarabangsa, LBS Bina Group sentiasa berusaha mengutamakan pembeli kediaman mereka dengan memberikan rumah berkualiti pada harga mampu milik.

“Memiliki sebuah rumah merupakan satu pencapaian yang menakjubkan tetapi kami faham bahawa terdapat banyak lagi langkah-langkah yang perlu diambil selepas mendapat kunci rumah idaman. Sebahagian besar daripada simpanan kita kemudiannya perlu digunakan untuk menghias dan mengubah suai rumah. Berpindah ke rumah baharu boleh menjadi salah satu titik kegembiraan, namun ianya boleh juga menimbulkan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kos dan idea untuk menghias rumah baharu. Selama bertahun-tahun, LBS telah memperkenalkan pelbagai pakej kelengkapan rumah yang menawarkan pengalaman yang mudah, tanpa kerumitan dan mesra dompet”.

“Walau bagaimanapun, melalui kerjasama strategik ini, kita berpeluang untuk melihat pemilik rumah LBS bertuah mengubah suai rumah mereka, bahkan memilih ruang atau bahagian rumah yang difikirkan sesuai untuk mendapat sentuhan ubah suai serta penataan perabot yang bersesuaian”, ujar Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina.

Layari http://homemakeover.lbs.com.my/ untuk maklumat lanjut berkaitan peraduan program kesetiaan pelanggan “LBS Home Makeover with Goodnite”.

 

 

SKIP THIS AD ×