berita

Jom Sertai Wheel-Yoo-Win Untuk Memenangi Hadiah Bernilai RM2,000,000!

November 14th, 2022 | by Alia Natasha
Kini Trending

Ha… Siapa dekat sini yang tak kenal Yoodo? Min yakin semua kenal kan Yoodo, syarikat telekomunikasi digital yang pertama di Malaysia yang memiliki pelan yang boleh direka sendiri oleh pengguna.

Best tau Yoodo ni sebab korang tak perlu bayar lebih untuk pelan yang korang taknak guna. Korang cuma perlu reka pelan yang korang nak sendiri dan bayar untuk data, panggilan dan SMS yang korang dah pilih!

Untuk pengetahuan korang, Yoodo telah mengadakan peraduan putar dan menang Wheel-Yoo-Win dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM2,000,000!

Wah banyak tu! Korang still taknak? Rugi… Rugi…

Setiap Peserta Akan Mendapat Hadiah!

Yes! Korang tak salah baca. Asalkan korang menyertai acara Wheel-Yoo-Win anjuran bersama oleh Yoodo dan Sea Gamer Mall (SEAGM), dengan membelanjakan RM32 di Yoodo, korang akan mendapat peluang untuk memutarkan rolet dan memenangi hadiah!

Ha… Kan dah cakap rugi kalau korang taknak join. Jom min bagitau macam mana untuk mengambil bahagian!

Cara Untuk Menyertai:

Langkah 1: Pilih dan reka pelan korang sendiri dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM32 dan ke atas sebelum 21 Disember 2022.

Langkah 2: Peserta akan mendapat kod putar dari Inbox di Aplikasi Yoodo.

Langkah 3: Ingat untuk masukkan kod korang dan putar Wheel-Yoo-Win sebelum 11.00 pagi pada 22 Disember 2022. Jangan risau, korang memang akan dijamin mendapat hadiah!

Langkah 4: Muat naik dan kongsi berita kemenangan korang di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah!

Selepas selesai mengikuti kesemua langkah tersebut, ingat untuk sentiasa memberi perhatian kepada acara cabutan bertuah yang utama pada 23 November dan 22 Disember pada pukul 8.00 malam.

Tarikh akhir untuk korang sertai Wheel-Yoo-Win adalah pada 21 Disember 2022.

Ini antara hadiah-hadiah yang ditawarkan!

  • Grab e-Baucar
  • Shopee e-Baucar IT Mall
  • Starbucks eGift Card
  • PUBG In Games Items
  • PETRONAS e-Baucar
  • Yoodo 7GB Data Berkelajuan Tinggi

Hadiah Cabutan Bertuah Utama

  • Hadiah Utama – iPhone 14 Plus (bernilai RM5,000) x1
  • Hadiah Kedua – Gajet Samsung (bernilai RM800) x2
  • Hadiah Ketiga – Alat-alat Gaming (bernilai RM600) x3

Sama ada korang pengguna Yoodo sedia ada atau pengguna yang ingin menyertai Yoodo, korang hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM32 dan ke atas untuk menyertai Wheel-Yoo-Win dan memenangi hadiah yang bernilai RM5 sehingga RM200! Kongsikan kemenangan korang untuk berpeluang memenangi hadiah utama.

Jadi apa tunggu lagi. Berkemungkinan korang lah yang akan menjadi pemenang iPhone 14 Plus!

Untuk maklumat lanjut tentang Wheel-Yoo-Win, korang boleh layari laman web https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin/?lang=ms, official website Yodoo dan Facebook.

SKIP THIS AD ×