berita

Jom Simpan Duit Secara Lebih Berdisiplin & Korang Berpeluang Menang Sehingga RM1000

September 7th, 2018 | by Epul
Kewangan & Pelaburan

Potongan Harga 50%, Beli 1 Percuma 1!” Orang Malaysia memang pantang nampak papan tanda macam ni eh? Ada sesetengah orang tu, bukan nak fikir panjang, pilih-pilih terus beli! Nampak pulak ada member tengah beratur nak bayar. Mana boleh kalah! Kita kena borong jugak kan?

Borong punya borong tak sedar gaji lama lagi. Sebab tercabar tadi, tak fikir panjang dah terus shopping sakan. Haa, sementara nak tunggu hujung bulan tu, menganga duit tak cukup. Sebab tu pentingnya belajar ilmu menguruskan wang. Nak shopping sakan tu boleh, tapi kumpul duit dulu!

Kredit gambar: Bargain Queen

Lagi satu tips, make sure kumpul duit bagi capai target, baru enjoy. Jangan kumpul sekerat jalan, daah guna sampai habis. Sampai bila pun tak akan cukup kalau macam tu kan! Nak kami ajar macam mana cara menyimpan paling berkesan?

Gunakan ciri baru yang ada dalam laman web Maybank2U yang dinamakan sebagai Goal Savings Plan (GSP). Ia membolehkan korang menyimpan secara mudah dengan hanya menetapkan berapa jumlah simpanan dan tempoh menyimpan berdasarkan keperluan!

Pilih dari 8 jenis keperluan, Maybank tentukan jumlah dan tempoh simpanan korang

Kredit gambar: Maybank2U

Dengan GSP, semua orang boleh mula menyimpan. Asalkan korang ada akaun Maybank2U dan sebab tertentu kenapa korang nak menyimpan. Maybank2U sediakan 8 pilihan antaranya – Melancong, Membeli-belah, Hadiah, Keluarga, Waktu Kecemasan, Pendidikan, Persaraan dan Lain-lain.

Lepas tu, pilih sama ada korang nak capai target simpanan berdasarkan berapa jumlah yang korang nak simpan untuk sebulan atau tempoh berapa lama korang nak simpan. Dari 3 hingga 120 bulan, pilih je, Maybank2U akan kirakan!

Paling best, tiada minimum jumlah simpanan dan korang boleh tetapkan sehingga 5 jenis simpanan untuk satu akaun Maybank2U! Malah, korang juga boleh tengok progress berapa jumlah simpanan yang dah terkumpul dari semasa ke semasa! Bestkan?

Kalau korang masih tak faham macam mana GSP dalam laman web Maybank2U ni berfungsi, tengok video ni…

 

Kalau korang simpan secara konsisten tanpa lakukan pengeluaran, ada ganjaran tau!

Bermula 15 Ogos 2018 hingga 28 Februari 2019, kalau korang simpan minimum RM200 dan tak keluarkan duit tu dalam masa 3 bulan, korang berpeluang untuk menyertai peraduan dan mendapat pulangan berganda dari Maybank!

Kalau korang terpilih, Maybank akan gandakan duit simpanan korang tu bila tempoh kempen tamat (maksimum 5 bulan dengan jumlah gandaan sehingga RM1,000). Wow, banyak tu!

Jadi, mula menyimpan sebelum 28 November ini untuk cukupkan syarat minimum 3 bulan simpanan sebelum tarikh tamat tempoh kempen! Tunggu apa lagi? Mula menyimpan dari sekarang!

Kenali satu lagi ciri baru dalam laman web Maybank2U, Spending Tracker untuk kemudahan korang

Kredit gambar: Maybank

Spending Tracker dari Maybank ni membolehkan korang melihat urusan atau perbelanjaan menggunakan kad kredit atau debit secara lebih terperinci. Ia dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu supaya nampak secara jelas perbelanjaan korang setiap hari!

Tengok video bawah ni untuk gambaran lebih jelas tentang bagaimana Spending Tracker dari Maybank ni berfungsi…

 

Wah! Lepas ni, makin bijaklah korang menguruskan kewangan sendiri atau ahli keluarga kan?

Layari laman web Maybank2U untuk maklumat lanjut tentang ciri baru Goal Savings Plan dan Spending Tracker dari Maybank ni. Jom tetapkan target simpanan korang sekarang!

#MyMaybank #Maybank2uGoalSavingsPlan #Maybank2u #ReimaginedForYou

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×