berita

Jom Support Sesama Rakyat & Kongsi Kata-Kata Semangat Korang Melalui Bucket KFC!

August 25th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Insiprasi

Umum tahu, penularan COVID-19 sejak akhir tahun lalu memberikan tekanan baharu kepada ekonomi, mental dan fizikal rakyat Malaysia sehinggalah sekarang.

Sempena Hari Kebangsaan kali ini, KFC nak ajak korang semua untuk bangkit dan saling menaikkan semangat sesama kita dalam keadaan yang mencabar ini. Kita mungkin tak dapat nak bantu dengan cara bersemuka, tapi sekurang-kurangnya dengan langkah seperti ini mungkin akan membuatkan mereka tersenyum. 

Beri inspirasi & tunjukkan sokongan dengan #BucketSemangatRakyat

Hampir 48 tahun KFC berada di Malaysia dan sejak itu ia telah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia dan mereka sentiasa menunjukkan bahawa mereka prihatin dan mahu bersama sama rakyat Malaysia.

Oleh itu, bermula 18 Ogos hingga 31 Ogos ini, korang juga boleh mula berkongsi kata-kata semangat korang melalui kempen #BucketSemangatRakyat kepada rakyat Malaysia yang lain bagi menunjukkan sokongan dan saling menjaga antara satu sama lain.

Caranya mudah je! Komen & tinggalkan mesej di ruangan media sosial KFC

Nak tau macam mana nak kongsikan semangat tu? Korang boleh je pergi ke ruangan komen di laman Facebook dan Twitter KFC Malaysia dan tinggalkan mesej positif korang di situ. Senang je kan?

Haa..kalau nak tahu, kata-kata semangat korang tu nanti akan dipilih untuk diabadikan pada bucket KFC tau. Paling best, bucket-bucket ini kemudiannya akan dibuka untuk bidaan bagi semua rakyat Malaysia dan hasilnya akan disalurkan kepada AddHope Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan. Haa menarik kan!

Tunggu apa lagi? Jom kita bersatu & menyokong sesama rakyat yang lain!

Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Alang-alang nak dekat Hari kebangsaan ni kan, jom lah sama-sama bantu rakyat Malaysia yang lain dengan memberikan inspirasi dan juga kata kata positif yang akan membangkitkan semangat mereka semula.

Mungkin dengan satu usaha yang korang buat ini akan teguhkan lagi negara kita ini dengan semangat patriotik yang ada. Nak tau lebih lanjut, layari laman web KFC  atau Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×