berita

Jom Tengok Playlist Lagu Raya Baharu 2023 Pilihan OhBulan!

April 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Perasan atau tidak setiap kali raya mesti akan ada penyanyi yang keluarkan lagu-lagu raya baru walaupun kita masih mendengar lagu-lagu raya yang ‘evergreen’. Tahun ini tidak kurang hebatnya, ramai juga selebriti yang melancarkan lagu raya mereka.

Jom OhBulan! kongsikan 10 lagu raya baru yang wajib ada dalam ‘playlist’ korang!

1. Jombalika- Floor 88

Kalau anda peminat Floor 88 anda mesti tahu lagu-lagu band ini semuanya unik dan menarik untuk didengar, kali ini mereka muncul pula dengan lagu raya bertajuk Jombalika. Lagu ini kalau anda dengar ada ‘vibes’ lagu-lagu Bollywood pada bahagian korus.

Anda juga kena tengok muzik video lagu ini sebab ada penampilan khas ‘Youtuber’, Cupcake Aishah.

2. Raya Last Minute- Andi Bernadee & Ryan Bakery

Pempengaruh popular TikTok, Ryan Bakery yang terkenal dengan lawak jenaka tak lepaskan peluang untuk mengeluarkan single raya pada tahun ini bersama penyanyi kelahiran Sabah, Andi Bernadee.

Ingat lagi kita ‘raya last minute’ tahun lepas? Hura-hara satu Malaysia kan? Bila dengar lagu ini mesti teringat, jadi untuk tahun ini harapnya semua persediaan raya anda sudah tersedia awal.

3. Senandung Raya- Diana Danielle

Walaupun sedang dilanda badai dalam rumah tangga, namun pelakon jelita, Diana Danielle buat pertama kali telah merakamkan sebuah lagu raya berjudul Senandung Raya. Lagu ini berlainan dari kebanyakkan lagu raya yang lain kerana ia bergenre R&B.

Dengar sahaja lagu ini, terus teringat pada lagu-lagu Datuk Sheila Majid!

4. Santai Raya- Faizal Tahir

Semua pendengar mesti tahu lagu Santai yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir, tapi kali ini lagu Santai telah diubah liriknya maka jadilah lagu Santai Raya.

Versi raya lagu ini juga ada muzik video yang sangat menarik untuk ditonton yang menceritakan tentang perjalanan pulang beraya. Jangan lupa baca ‘ending credit’ tau, paling kelakar!

5. Raya Janji Happy- Asmidar, Thunderclap & Aizat Amdan

Nak dengar lagu ala-ala tahun 50-an? Dengar sahaja lagu Raya Janji Happy ini seolah-olah membawa anda kembali ke zaman P.Ramlee dan Saloma. Unik sungguh ciptaan Aizat Amdan dan Asmidar ini.

Jangan lupa tengok muzik video lagu ini tau sebab ada penampilan khas Amir Ahnaff!

6. Rindu Di Hari Lebaran- Dato’ Jamal Abdillah

Dato’ Jamal Abdillah sangat terkenal dengan lagu Salam Aidilfitri, tapi untuk tahun ini lagenda negara ini tidak melepaskan peluang untuk merakamkan sebuah lagi lagu raya berjudul Rindu Di Hari Lebaran.

Kualiti suara raja pop Malaysia ini tidak perlu disangkal lagi, memang terbaik!

7. Raikan Kemenangan Ini – Zaki Yamani & Yamani Abdillah

Juara Family Duo Musim ke-2, Zaki Yamani & Yamani Abdillah juga mengikut jejak langkah bapa mereka dengan mengeluarkan lagu raya baharu.

Difahamkan lagu raya berjudul Raikan Kemenangan ini merupakan single pertama mereka selepas bergelar juara.

8. Berkunjung Di Hari Raya- Aina Abdul

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37), Aina Abdul turut menghasilkan sebuah lagu raya berjudul Berkunjung Di Hari Raya yang ditulis bersama Ezra Kong, Karim Karam dan Purnama Maqasuci.

Anda kena tengok busana yang Aina pakai dalam muzik video lagu ini ‘outstanding’ sangat!

9. Ria Raya- Iman Troye, Dalia Farhana, Fimie Don, Layka

BBNU Iman Troye, Dalia Farhana dan Layka mengeluarkan sebuah single raya bertajuk Ria Raya. Bukan itu sahaja, pelakon Fimie Don pun turut serta di dalam lagu ini.

Kalau nak dengar Fimie rap jangan lupa masukkan lagu ini juga dalam ‘playlist’ anda!

10. Jom Beraya- Atu Zero & Danial Zaini

Jangan ingat BBNU, penyanyi dan pelakon sahaja yang keluarkan single raya, tapi pelawak pun ada tau. Atu Zero dan Danial Zaini sama-sama menyumbangkan suara di dalam lagu Jom Beraya. Tak sangka, rupa-rupanya sedap juga suara mereka berdua ini.

Untuk info, lagu in merupakan OST bagi filem baharu Sumpahan Malam Raya.

SKIP THIS AD ×