

Dah lama impikan destinasi baru untuk diterokai? Nah, ada berita best untuk korang! AirAsia X kini membuka laluan baharu ke Karachi, Pakistan, bandar pelabuhan terbesar dan paling dinamik di negara itu!
Dengan sejarah yang kaya, makanan yang menggoda selera, dan lokasi beli-belah yang best, ini masa terbaik untuk korang mula plan trip ke sana. Jom kami share tempat yang wajib untuk korang singgah.
Karachi – pusat budaya dan sejarah
Karachi bukan sahaja bandar terbesar di Pakistan, tetapi juga pusat budaya dan sejarah yang penuh dengan tempat menarik. Dari seni bina bersejarah hingga pantai yang memukau, setiap sudut kota ini ada kisah tersendiri untuk diterokai.

- Mazar-e-Quaid – Ikon bersejarah ini adalah makam pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah. Sesuai untuk pencinta sejarah!
- Mohatta Palace – Senibina istana ni memang memukau! Sekarang jadi muzium & lokasi event menarik.
- Clifton Beach – Jom chill tepi pantai, nikmati sunset yang memukau dan hirup udara segar.
- Pilihan Tambahan: Chaukhandi Tombs, Charna Island, Hawke’s Bay Beach, Frere Hall & Empress Market!
Selain itu, ada pelbagai makanan yang wajib korang try!

Kalau korang peminat makanan, Karachi memang destinasi yang wajib masuk bucket list! Hidangan tempatan yang kaya dengan rempah dan rasa pasti buat korang jatuh cinta dengan keunikan kulinari Pakistan.
Antaranya adalah Bun Kebabs. Yang ni ala-ala burger Pakistan tapi versi lebih padu dengan rempah asli! Selain itu, korang juga boleh cuba Nihari iaitu hidangan daging yang dimasak perlahan dengan kuah pekat penuh perisa.
Tak cukup dengan itu, Halwa Puri juga terkenal dengan sarapan tradisional yang memang power. Roti puri rangup dengan manisan halwa. Fuhh!
Kalau pergi dekat pesisir pantai pula, korang boleh rasa Seafood Fresh juga. Karachi memang terkenal dengan seafood segar yang boleh dinikmati di restoran tepi laut ni. Memang mantap!
Mana kaki shopping? Korang boleh cuci mata dekat sini! Memang heaven wehhh!

Siapa yang suka membeli-belah? Karachi memang syurga buat korang! Dari pasar tradisional hingga pusat beli-belah moden, semuanya ada di sini dengan harga yang berpatutan tau! Antaranya:
- Empress Market – Syurga barangan tempatan & cenderamata
- Tariq Road – Shopping street yang penuh dengan pilihan pakaian & aksesori.
- Dolmen Mall Clifton – Kalau nak shopping dalam suasana moden & eksklusif, inilah tempatnya.
- Zainab Market – Cari tekstil & pakaian tradisional dengan harga best.
Jelajah Pakistan, bukan setakat Karachi je, ada pelbagai tempat unik!
Kalau korang peminat pemandangan gunung-ganang dan keindahan alam semula jadi, Gilgit-Baltistan adalah destinasi yang mesti ada dalam itinerary!
Terletak di utara Pakistan, kawasan ini menawarkan landskap dramatik dengan tasik biru yang memukau, lembah hijau yang subur, dan gunung-ganang yang menjulang tinggi. Setiap sudut wilayah ini memberikan pengalaman yang unik dan pastinya Instagram-worthy!

- Attabad Lake – Tasik turquoise yang terbentuk akibat tanah runtuh pada tahun 2010, kini menjadi tarikan pelancong utama.
- Rakaposhi – Salah satu puncak gunung tercantik yang boleh dilihat dari Lebuhraya Karakoram.
- Deosai National Park – Dikenali sebagai “Land of Giants”, dataran tinggi ini terkenal dengan hidupan liar dan pemandangan yang menakjubkan.
- Hunza Valley – Lembah yang sangat indah dengan pemandangan gunung yang memukau, masyarakat yang ramah serta tempat bersejarah seperti Baltit dan Altit Forts.
Selain itu, korang juga boleh pergi ke Lahore dimana ia merupakan bandar bersejarah dengan seni nina menakjubkan! Lahore adalah bandar paling bersejarah di Pakistan yang kaya dengan seni bina Mughal, budaya yang hidup, dan makanan yang luar biasa. Antaranya:

- Badshahi Mosque – Masjid megah era Mughal ini terkenal dengan seni binanya yang luar biasa dan merupakan salah satu masjid terbesar di dunia.
- Lahore Fort – Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dipenuhi sejarah, seni bina klasik, dan taman yang mempesonakan.
- Walled City of Lahore – Menjelajah kawasan bandar lama Lahore seperti Delhi Gate dan Shahi Hammam akan membawa korang ke zaman silam yang penuh keunikan.
- Shalimar Gardens – Taman Mughal yang indah dengan landskap bertingkat yang memberikan ketenangan dan keindahan klasik.
Bukan tu je, Islamabad juga merupakan bandar moden dengan sentuhan tradisional. Sebagai ibu negara Pakistan, Islamabad terkenal dengan gabungan kehijauan, seni bina moden, dan lokasi pelancongan yang menarik. Bandar ini memberikan suasana tenang dengan banyak tempat untuk dilawati. Antaranya:

- Faisal Mosque – Masjid terbesar di Pakistan dengan seni bina unik yang menggabungkan elemen moden dan tradisional.
- Daman-e-Koh – Tempat terbaik untuk menikmati pemandangan bandar Islamabad dari atas bukit.
- Pakistan Monument – Monumen kebangsaan yang melambangkan perpaduan rakyat Pakistan, sangat sesuai untuk peminat sejarah.
- Rawal Lake – Tempat santai yang menawarkan aktiviti seperti berkelah dan menaiki bot dengan pemandangan indah.
Ha…min dah senaraikan semua tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi di sana! Paling best, kalau dapat pergi dengan tiket yang murah!
Nikmati penerbangan ke Karachi dengan AirAsia X!

Nikmati penerbangan 4x seminggu (Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad) dengan tambang serendah MYR 859 sahaja!
Tempoh tempahan: Sekarang – 20 April 2025 | Tempoh penerbangan: 30 Mei 2025 – 27 Mac 2026
Jangan tunggu lama-lama, grab peluang ni sekarang! Tempah tiket korang di SINI atau melalui AirAsia MOVE App dan bersiap sedia untuk pengembaraan penuh warna di Pakistan!








