berita

Jom #TeruskanLangkahBaikmu Bersama Wardah Di Sunway Pyramid, Ada Banyak Aktiviti Menarik!

March 22nd, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Wardah merupakan salah satu jenama yang cukup dikenali di Malaysia.

Hal ini kerana, Wardah menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik.

Mahu menyajikan aktiviti dan program istimewa pada bulan Ramadan buat pengguna mereka, Wardah buat julung kalinya mengadakan kempen #TeruskanLangkahBaikmu Di @Blue Atrium, Sunway Pyramid bermula pada 19 April 2024 hingga 24 April 2024.

#TeruskanLangkahBaikmu sajikan pelbagai aktiviti menarik!

Bagi korang yang berkelapangan, datang la ke Sunway Pyramid untuk bersama-sama menjayakan kempen #TeruskanLangkahBaikmu.

Melalui kempen ini, Wardah akan bantu korang untuk korang menghadapi dan mengenali diri korang in a positive way supaya korang boleh growth menjadi orang yang lebih baik.

Berikut adalah aktiviti yang korang boleh sertai di sana:

1. Pep & Prep Lab

Aktiviti ini merupakan titik permulaan kepada aktiviti-aktiviti berikutnya.

Disinilah perjalanan korang mengenali diri sendiri dengan lebih dekat bermula.

Di booth ini ada satu ruang khas dimana korang boleh berkongsi beauty concerns yang korang alami dengan pakar perunding Wardah.

Kemudian, mereka akan beri konsultansi dan analisis tentang keadaan dan masalah kulit korang dan disinilah korang berpeluang untuk bereksperimentasi dengan produk-produk kecantikan Wardah.

2. Colours of Inner Strength

Selepas korang dah selesai sesi Pep & Prep Lab, korang boleh bergerak ke aktiviti Colours of Inner Strength.

Disini perunding Wardah akan bantu korang untuk membuat analisis pilihan warna yang bersesuaian dengan tona kulit wajah korang dengan menggunakan set mousse Wardah Color Therapy.

3. Put on Your Game Face

Seterusnya, akan ada sesi tutorial bersama MakeUp Artist (MUA).

Semasa sesi ini berlangsung MUA jemputan akan berkongsi teknik dan tutorial cara untuk menggunakan Wardah Matte Lip Mousse.

Ini termasuklah teknik ombre, cara melukis dan mengenakan Wardah Matte Lip Mousse pada bibir.

4. Reflection station

Selesai kesemua aktiviti diatas, korang jangan lupa untuk ambil gambar di Instagrammable corner yang telah disediakan.

Menariknya, dekat instagrammable corner tersebut ada projektor dengan kesan khas.

Ambil gambar terbaik korang dan jangan lupa untuk post dimedia sosial dengan #TeruskanLangkahBaikmu untuk diskaun istimewa ketika membuat pembelian produk kecantikan Wardah.

5. Shop the Look

Akhir sekali, korang boleh la buat pembelian produk Wardah di sana. Ada promosi istimewa syawal dan banyak lagi.

Selain itu, dapatkan juga hadiah percuma dengan pembelian bernilai RM100.

Nikmati diskaun sehingga 20% untuk produk penjagaan kulit, diskaun sehingga 30% untuk kosmetik dan rebat segera RM10 dengan setiap pembelian RM80 semasa Minggu Sains Kecantikan yang akan berlangsung sehingga 24 Mac 2024 ini!

Wardah X Hari Rose!

Dapatkan juga Kit Raya Wardah X HariRose edisi terhad dengan pembelian bernilai RM300 ke atas. Dalam kit tu ada scarf yang matching dengan koleksi warna Wardah Matte Lip Mousse.

Maklumat lanjut berkaitan #TeruskanLangkahbaikmu boleh didapati melalui https://wardahbeauty.com/ atau ikut instagram @wardahbeauty_my dan Facebook @wardahbeauty.my

 

SKIP THIS AD ×