berita

Jom Travel Dengan Promosi MATTA Fair Malaysia Airlines, Ada Diskaun Penerbangan Sehingga 35%!

November 19th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Dah bukak border, travel onz tak?

Dah boleh pergi bercuti, siapa tak seronok kan? Selama ni kita dah banyak habiskan masa untuk duduk di rumah demi kebaikan bersama. Inilah masanya untuk tebus balik. Lagipun, pergi bercuti ni boleh hilangkan stres jugak.

Korang dah rancang nak pergi bercuti? Dengan siapa? Jangan lupa jaga SOP tau. Alang-alang nak tempah tiket penerbangan tu, apa kata korang tengok dulu apa yang kami nak tunjuk ni. Korang mesti terkejut punya la!

MATTA Fair Malaysia Airlines 2021 kembali dengan promosi penerbangan lebih menarik!

Lamanya tak naik flight. Sampai dah tak ingat bila last naik flight tu. Paling seronok, MATTA Fair Malaysia Airlines 2021 dah kembali wei. Korang yang kaki travel tu mesti dah lama nantikan saat ni kan?

Sebelum ni ramai yang dah puas hati dengan promosi yang ada tau. Percutian lebih jimat dan seronok. Kali ni lagi hebat, mereka nak bagi promosi penerbangan kaw kaw untuk korang.

Oh ya! Tawaran ni sampai 28 November 2021 je untuk waktu penerbangan bermula 19 November 2021 sehingga 30 Jun 2022. Jangan miss peluang ni guys. Meh tengok!

Tiket flight domestik & antarabangsa ada diskaun sehingga 35%!

Surprise! Ada diskaun tiket flight la wei. Sempena MATTA Fair Malaysia Airlines 2021, mereka tawarkan tiket penerbangan domestik & antarabangsa dengan diskaun hebat sehingga 35%. Serius menarik untuk direbut.

Bayangkan korang boleh dapat tiket flight domestik serendah RM79, tiket flight antarabangsa pulak serendah RM579. Semuanya dalam satu hala. Mana nak jumpa promosi ni kat tempat lain, hanya di MATTA Fair Malaysia Airlines 2021 la.

Antara destinasti yang ditawarkan ialah:

Destinasi Tempatan

  • Semenanjung Malaysia
  • Sabah
  • Sarawak

Destinasi Antarabangsa

  • London, England
  • Sydney, Australia
  • Melbourne, Australia
  • Kathmandu, Nepal
  • Colombo, Sri Lanka
  • Singapore
  • Phuket, Thailand
  • Bali, Indonesia
  • Jakarta, Indonesia
  • Bangkok, Thailand

Lagi best, ada peraduan menarik untuk korang sertai sempena MATTA Fair Malaysia Airlines 2021!

Sertai peraduan & berpeluang upgrade penerbangan ke Business Class secara percuma!

Bila lagi nak rasa melancong dengan penuh style kan? Inilah masanya! Kalau korang nakkan penerbangan dengan Business Class, cuba la sertai peraduan ni. Korang boleh upgrade penerbangan ke Business Class secara percuma je!

CARA SERTAI PERADUAN

[LANGKAH 1] Beli tiket penerbangan Malaysia Airlines semasa MATTA Fair antara 19 hingga 28 November 2021.

[LANGKAH 2] Sertakan butiran tempahan korang dan lengkapkan slogan dalam borang di SINI.

Ahli Enrich boleh dapat mata ganjaran bonus 50%

Korang salah seorang ahli Enrich yang sering terbang bersama Malaysia Airline? Beli je tiket flight semasa MATTA Fair Malaysia Airlines 2021, korang dah boleh nikmati mata ganjaran bonus 50% tau. Yay!

Korang boleh gunakan mata Enrich untuk tebus pelbagai benda tau. Antaranya penerbangan, naik taraf tempat duduk, barangan, akses kepada Malaysia Airlines Golden Lounge, penginapan hotel, restoran dan banyak lagi!

Jom jadi ahli Enrich dan kumpul mata mulai hari ni. Klik SINI untuk mendaftar.

Diskaun 20% untuk pemilihan tempat duduk & elaun bagasi!

Biasa la kalau pergi bercuti. Kalau tak beli cenderahati untuk yang tersayang, memang tak sah. Lebih-lebih lagi kalau tempat tu banyak barang menarik. Memang shopping sakan.

Bagi korang yang travel dalam Malaysia, ada diskaun 20% untuk pemilihan tempat duduk & bagasi tau. Boleh la korang pilih tempat duduk yang korang rasa selesa. Nak bawak banyak barang pon tak ada masalah. Lagi jimat oi!

Korang boleh klik SINI untuk info lebih lanjut tentang promosi ni.

*Promosi ini hanya untuk mereka yang melancong di dalam Malaysia.

Diskaun tambahan servis terpilih, khas buat pengguna boarding pass Malaysia Airlines!

Buat pengguna boarding pass Malaysia Airlines, korang memang bertuah! Sila enjoy diskaun tambahan untuk hotel, spa, makanan dan minuman. Korang boleh shopping di kedai dalam atau luar lapangan terbang yang terpilih bersama promosi menarik!

Korang boleh tengok senarai kedai terpilih dengan tawaran yang ada. Klik SINI je.

Diskaun sehingga 50% untuk pakej percutian bersama MHholidays!

Korang tengah cari pakej percutian yang lebih jimat dan menarik? Kami rekomen korang untuk dapatkan pakej percutian bersama MHholidays. Selain puas hati, korang boleh nikmati diskaun sehingga 50%. Serius berbaloi!

Dengan MHholidays, boleh jimat sehingga 50% kalau korang tempah tiket flight dan hotel bersama dalam satu pakej. Antara faedah lain yang korang akan dapat seperti elaun bagasi 40kg, makanan dalam flight, pilihan flight percuma dan mata Enrich.

Selain tu, korang boleh enjoy tawaran eksklusif seperti naik taraf bilik, check-in awal dan check-out lewat kalau korang menginap di hotel terpilih.

Korang boleh klik SINI untuk dapatkan lebih banyak info tentang pakej bersama MHholidays.

*Promosi ini hanya untuk mereka yang melancong di dalam Malaysia.

Terpaku tengok promosi kali ni. Serius menarik. Rancang percutian korang dengan sebaiknya. Cuti-cuti jugak, SOP pun perlu dijaga tau. Selamat bercuti semua!

Nak info lebih lanjut tentang tawaran menarik sempena MATTA Fair Malaysia Airlines? Klik SINI.

SKIP THIS AD ×