berita

Jom Try KFC ‘Dunk & Dip’. Sedap Weh. Confirm Ulang Makan!

August 21st, 2018 | by Noraniza
MyResipi

KFC Malaysia menghidangkan pembaharuan ke meja makan menerusi suntikan keseronokan di dalam ciptaan menu terbaharunya – KFC ‘Dunk & Dip’. Lupakan rutin yang membosankan, ciptaan terbaharu oleh KFC ini mengajak para penggemarnya untuk lari daripada kebiasaan dan rasai keseronokan sambil menikmati KFC Crispy Tenders menerusi langkah istimewa celup dan cicah.

Keseronokan di dalam hidangan ini dicetuskan oleh gabungan perisa dan tekstur yang menarik di antara dua ‘dipping’ istimewa. Kelazatan Sos Masam BBQ ditambah dengan kerangupan hangat Bertih Krup-Krup bakal menjanjikan sensasi yang penuh menyelerakan apabila dinikmati bersama KFC Hot & Spicy Crispy Tenders kegemaran ramai.

“Kami mahu memastikan para pelanggan kami merasai pengalaman istimewa setiap kali mereka menikmati hidangan KFC. Crispy Tenders Dunk & Dip terbaharu ini dicipta bagi menghasilkan pengalaman unik dan menyeronokkan kepada para pelanggan menerusi bentuk hidangan yang lain daripada yang lain. Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup rangup pasti membuatkan anda sukar untuk berhenti menikmatinya. Jadi, hanya celup, cicah, dan teruskan krup-krup!” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

KFC Dunk & Dip boleh didapati buat masa terhad secara à la carte serta hidangan kombo. Bermula daripada RM6.90, hidangan à la carte didatangkan dengan 3 ketul Crispy Tenders, Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup. Hidangan kombo pula boleh didapati bermula daripada RM13.90 bersama pilihan 1 atau 2 ketul ayam KFC, hidangan sampingan KFC serta secawan iced lemon tea, menjadikan ianya sebuah hidangan lengkap.

Boleh didapati di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia bermula 16 Ogos 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×