berita

Joseph Gordon-Levitt & Bruce Willis Bergaduh

August 24th, 2012 | by Ai
Video Popular

Joseph Gordon-Levitt dan Bruce Willis bergaduh? Tapi OHBULAN! rasa anda semua pun tahu kan yang Bruce Willis memang susah hendak kalah. Ini terbukti dalam lakonan filem bersirinya, Die Hard.

Jangan risau, itu hanya tajuk semata-mata. Apa yang mahu OHBULAN! ceritakan disini adalah mengenai filem terbaru arahan Riam Johnson. Ianya mengisahkan tentang Joseph Simmon, seorang anggota kumpulan mafia yang bekerja sebagai “Looper” dari tahun 2047. Tugas Looper adalah untuk mencari dan membunuh agen mereka yang diupah oleh syarikat daripada Shanghai dari tahun 2077. Sebagai seorang Looper, Joseph harus membunuh setiap sasaran tanpa terlepas, dan jika tidak, dirinya sendiri akan menjadi sasaran.

Menarik bukan? Ini merupakan sebuah lagi filem futuristik yang yang menggabungkan aksi dan plot cerita yang menarik. Untuk pengetahuan, filem ini juga telah dipilih sebagai filem pembukaan untuk Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012. Filem ini akan turut dibintangi oleh Emily Blunt dan akan dilancarkan pada 27 September ini dipawagam seluruh Malaysia.

Mari kita saksikan trailer filem “Looper” selepas ini!