Harga untuk menu terbaru iaitu leher itik sumbat di sebuah restoran di utara London telah ‘mengejutkan’ orang ramai apabila harganya mencecah RM102 sepinggan.
Menurut laporan Daily Mail, menu tersebut telah diperkenalkan melalui hantaran di laman Instagram Westerns Laundry, gambar hidangan tersebut menunjukkan bahagian kepala itik dan lehernya diikat lalu dihidangkan di atas pinggan.
Hidangan ‘unik’ berharga RM102 sepinggan!
Menurut kapsyen yang ditulis di hantaran itu menjelaskan bahawa hidangan ‘unik’ berkenaan telah disediakan bersama potongan lobak dan kacang ‘dal’ yang disumbat ke dalam leher itik tersebut.
Lebih mengejutkan adalah, menu tersebut bukan sahaja dihidang ringkas, namun ianya merupakan hidangan ketiga yang termahal dijual selepas menu dada itik, kobis dan juga daging yang berharga RM148.
Menerusi perkongsian gambar menu baharu itu, beberapa pengguna di Instagram memberi reaksi terhadap posting itu dengan mengatakan hidangan tersebut agak keterlaluan. Namun, terdapat juga di antara mereka yang tertarik dengan ‘eksperimen’ kulinari yang dilakukan oleh Chef.
Sumber: Daily Mail