berita

Jual Kit Ujian Didakwa Boleh Kesan Covid-19, Pelakon Lelaki Mohon Maaf, Delete Pos

March 21st, 2020 | by faris
Kini Trending

Buat masa ini kes Covid-19 mencecah 1030 kes dengan 3 kematian manakala 940 kes sedang dirawat di hospital seluruh negara. Peningkatan kes berkenaan membuatkan orang ramai semakin bimbang sehingga ada yang sanggup memanipulasi kebimbangan itu dengan menjual kit ujian yang didakwa boleh mengesan Covid-19.

Mula dijual di Instagram

Menurut seorang pengguna Twitter yang juga pengamal perubatan, Dr Nimelesh, ada segelintir instafamous yang menjual kit ujian Covd-19 secara online. Menurutnya, kit ujian sebegitu perlu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Dia turut menyarankan supaya mereka yang bergejala untuk segera ke hospital berhampiran.

Pelakon pun turut promosikan

Seorang pelakon turut membuat Instagram live untuk menjual kit ujian tersebut. Malahan, dia turut dibantu oleh kakak iparnya bagi menggunakan kit tersebut dan dikatakan mendapat ujian negatif dari virus berkenaan.

Mohon maaf, padam pos

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, siaran live dan pos berkenaan telah dipadamkan dan pelakon itu telah meminta maaf kerana tidak sensitif dengan isu semasa.

Masih tunggu kelulusan

Menurut Dr Nimelesh, setakat ini kit ujian Covid-19 masih menunggu kelulusan. Malahan, perkara itu telah disahkan oleh MYEG.

Sumber: Nimelesh, MYEG 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×