Dengan niat untuk menyelesaikan hutang pembayaran yuran kolej, seorang pelajar perempuan dari Amerika Syarikat, sanggup menjual seluar dalam terpakai.
Menerusi Glamour, pelajar berusia 21 tahun itu akan membeli seluar dalam secara pukal dengan harga serendah RM20, lalu menjualnya pada harga RM500 sepasang.
Bayar lebih kalau nak selfie
Menurut gadis tersebut, harga seluar dalam yang dijual bergantung kepada berapa lama dia memakainya. Buat pembeli yang ingin berselfie sambil melihat dirinya memakai seluar dalam, bayaran tambahan akan dikenakan.
Pelajar dari Universiti New York ini menjual seluar dalamnya secara online dan mula terjebak dalam perniagaan ini ketika dia bekerja sebagai web cam girl.
Saya rasa hebat apabila saya boleh memberi pilihan yang lebih sihat untuk orang yang suka benda-benda macam ini. Saya tak pernah rasa, saya dalam bahaya.
Memberi layanan tambahan
Gadis ini juga akan membenarkan seoarang lelaki sahaja untuk menghidu bau ketiaknya sebagai layanan tambahan buat pelanggannya. Melalui layanan tersebut, dia berjaya memperoleh RM 2000.
Selepas salah seorang pelanggan saya memberitahu tentang tabiat suka menghidu bau ketiak, saya memberikan kebenaran buatnya untuk menghidu bau ketiak saya. Saya tidak perlu membuka baju ketika dia menghidu ketiak saya. Hanya 15 minit sahaja saya benarkannya untuk menghidu.
Selain belajar dan menjual seluar dalam, gadis itu juga bekerja sebagai pelayan di restoran dan membuat perkhidmatan membawa anjing berjalan. Keseluruhan pendapatannya dianggarkan RM 200k setahun.
Sumber: Glamour