berita

Jualan 11.11 PG Mall Dah Tiba. Ada 11,000 Baucar, Diskaun Hebat & Lucky Draw Untuk Korang Rebut!

November 1st, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Siapa kat sini yang tak pernah miss shopping online apabila ada jualan besar-besaran setiap bulan? Yelah, masa ni lah nak beli macam-macam barang yang korang idamkan dengan harga yang murah.

PG Mall, sebuah platform jualan e-dagang tempatan yang tak asing lagi di Malaysia pun tak ketinggalan menawarkan jualan 11.11 dengan pelbagai diskaun hebat, baucar menarik dan cabutan bertuah. Cepat add to cart!

Yang bestnya,  PG Mall mengadakan bukan satu, tetapi dua jualan besar-besaran iaitu Pre-Sale Big Fiesta dan Big Sale Fiesta dengan potongan harga yang tak masuk akal! Mesti korang dah tak sabar kan!

Pre-Sale Big Fiesta

Sebelum jualan 11.11, apa kata kita warm-up dulu lah dengan Pre-Sale Big Fiesta 11.11! Bermula 1 hingga 10 November 2021 ni, korang berpeluang untuk nikmati sehingga 11,000 baucar diskaun dan potongan RM20 caj penghantaran GrabExpress. Wow!

Big Sale Fiesta

Kalau Pre-Sale pun best, apatah lagi Big Sale Fiesta kan? Haa..PG Mall nak bagi diskaun kaw kaw kat korang ni!

Buat korang yang suka shopping tengah malam tu dan berbelanja minimum RM100 pada 2 jam pertama (12 pagi hingga 2 pagi), korang layak untuk menikmati diskaun RM40 + PENGHANTARAN PERCUMA tau!

Jangan risau kalau korang tak sempat grab diskaun tengah malam ni, korang masih berpeluang untuk dapatkan potongan harga sehingga RM35 + PENGHANTARAN PERCUMA dengan pembelian minimum RM100 sepanjang hari. Bestnya!

Untuk pembelian minimum RM50 pula, PG Mall nak bagi diskaun sebanyak RM15 + PENGHANTARAN PERCUMA. Yeay!

Bukan itu je, ada banyak lagi produk menarik dari pelbagai jenama terkenal yang korang boleh dapatkan dengan potongan harga serendah 11 sen tau. Memang shopping sakan lah korang!

Eh, ada lagi, buat korang yang dah berbelanja lebih dari RM50 tu, korang layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang pastinya lumayan!

Jadi, apa tunggu lagi, baik korang add to cart siap-siap dan rebut peluang keemasan ni. Kalau terlepas, memang gigit jari jelah!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PG MALL dan Facebook mereka untuk sebarang updates terkini!

SKIP THIS AD ×