berita

Jualan Sambal Cecah 21.5 Juta, Khairul Aming Jadi Inspirasi Kepada Netizen

February 15th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kejayaan personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming dengan jualan sambalnya mencetus rasa kagum dan bangga di kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: Banjir Kelantan: Khairul Aming & Team Turun Padang Hantar Bantuan Barang Keperluan Kepada Mangsa

Artikel Berkaitan: Pengguna Terjejas Selepas Instagram Alami ‘Error’, Khairul Aming Hilang 20K ‘Followers’

Artikel Berkaitan: Guna Bahasa Melayu Sepenuhnya Semasa Acara TikTok Di Indonesia, Khairul Aming Raih Pujian Netizen

Terima dua anugerah istimewa

Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Khairul Aming Bin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan Sambal Nyet yang telah mencecah RM21.5 juta.

Alhamdulillah hari ini jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM21.5 juta.

Selain itu, hasil jualan sambal itu turut menerima dua anugerah istimewa iaitu kategori Best Customer Service dan Best New Seller.

Menurutnya, jualan bagi tahun 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 jualan Sambal Nyet meningkat iaitu RM14 juta.

Hebat anak muda!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pempengaruh media sosial itu dengan kejayaan yang dikecapinya. Selain itu, terdapat juga netizen yang terinspirasi dengan usaha yang ditonjolkan oleh Khairul Aming.

Sumber: Instagram @khairulaming

SKIP THIS AD ×