berita

Juarai ARRC 2019 Namun Tiada Liputan Media, Kecewa Azlan Shah Terubat, BMW Setuju Taja Tahun Depan!

December 6th, 2019 | by faris
Kini Trending

Tanpa sebarang publisiti dan liputan media, pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman mengungguli FIM Asia Road Racing Championship dalam kelas 1000cc (ASB1000). Detik bersejarah itu dilakar Azlan di litar Chang International Circuit di Buriram, Thailand.

Namun, disebalik kejayaan itu, ada kekecewaan terdetik di hati pelumba itu, seperti diluahkan di laman Facebooknya, baru-baru ini.

Luah kecewa

Azlan meluahkan rasa kecewa setelah menjulang nama negara sebagai juara Asia akan tetapi tiada liputan akhbar diberikan berkenaan kejayaan itu. Hanya akhbar Berita Harian yang berbuat demikian, katanya.

Dia juga terkilan kerana sebagai atlet yang telah menggadai nyawa untuk negara, pihak atasan perlulah memberi perhatian sepatutnya.

Beli sendiri jentera BMW

Page Facebook rasmi pasukannya Onexox TKKR SAG Team memuatnaik status menjelaskan cerita sebenar selain mengumumkan berita gembira untuk pasukan mereka.

Jentera BMW S1000rr ini dibeli saya ulangi dibeli dengan harga 95 ribu Euro tak termasuk parts utk 14 race.

Dalam package ini engine dipasang di BMW Motorrad dan segala accessori di pasang di Alpha Racing.

Ada juga yang tak datang dari Alpha seperti SC PROJECT, Alpha guna akrapovic untuk semua jentera mereka. Dan juga kami guna sprintfilter utk airfilter serta menukar sistem brek kepada Brembo.

Umum dapat tajaan BMW

Bermula dengan jentera yang dibeli sendiri untuk ‘memancing’ perhatian, namun setelah kemenangan besar itu, BMW mengesahkan untuk menaja 4 jentera bagi kegunaan Azlan dan pasukannya tahun depan.

Lagi satu pemilihan BMW sebagai jentera dibuat kerana saya tau hanya BMW mempunyai peluang untuk kami dapat full factory support kalau kami menang tahun ni. Kalau Yamaha, Honda, Kawasaki diorang memang ada factory team yang bertanding.

Nak pakai Ducati adehhh pishang bos mahal giler. So sebab mmg saya Mat BMW (bukan claim ya) so saya berpendapat jentera BMW ni ada potensi utk berjaya dan mempunyai nilai komersial yang tinggi.

So kira memancing la ni. Dan ramalan ku benar belaka apabila tahun 2020 kami dapat 4 jentera BMW 2019 baru, parts berjumlah 25k Euro dan perbelanjaan Peter dan Marcus Reiterberger ditanggung oleh BMW Motorrad.

Sumber: Azlan Shah Kamaruzaman, Onexox TKKR Sag Team

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×