Sepotong video memaparkan pelakon, Julia Farhana tidak bertudung menjadi perhatian ramai sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: ‘Mesti Ada Pasang Surut’ – Dr Che Hafiz Nafi Rumah Tangga Bersama Julia Farhana Bergolak

Freehair?

Menerusi satu hantaran di media sosial, Julia, 32, dilihat mengulang siar atau ‘repost’ sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah klinik kecantikan ketika dirinya sedang menjalani rawatan di premis berkenaan.

Apa yang mencuri perhatian netizen apabila aktres tersebut tidak mengenakan tudung dalam video berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada dia sudah kembali kepada imej lamanya atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Julia memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Malah, pelakon itu juga dilihat menukar foto profil Instagram miliknya kepada gambar tidak berhijab, sekali gus menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan pengikutnya.

Walaupun begitu, foto-foto lama Julia yang mengenakan tudung masih lagi kekal di ruangan ‘feed’ Instagram seperti biasa.

Untuk rekod, Julia mula tampil berhijab sekitar Mac 2023 dan beberapa bulan selepas itu dia pernah berkongsi bahawa menerima banyak tawaran lakonan selepas berhijrah dengan imej baharu berkenaan.

Sumber: Instagram