Pelakon jelita, Julia Farhana meluahkan rasa teruja apabila bakal mengerjakan ibadah umrah bersama suami tercintanya, Dr. Che Hafiz.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Julia Farhana Mahu Genggam PhD, Pilih Pakai Alat Perancang IUD – ‘Jangan Salah Anggap, Kami Bukan Sokong ‘Childfree’

Bakal ke Makkah Julai nanti

Bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Julai nanti, Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin beranggapan perjalanan mengerjakan umrah ini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama malah sebagai peluang untuknya dan suami mengukuhkan hubungan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Hafiz yang dilantik menjadi wajah eksklusif projek ‘Umrah Romantika’ oleh Al Khairi Travel & Tours beranggapan panggilan ini sebagai satu perjalanan istimewa buatnya.

Ini kerana, Hafiz bukan sahaja akan menyertai sebagai salah seorang jemaah, tetapi juga akan membantu memantau status kesihatan para jemaah sepanjang perjalanan.

Ini adalah pengalaman pertama kami untuk ke kota suci ini bagi menunaikan ibadah umrah.

Bagi saya, pengalaman ini sangat bermakna dan berharga.

Mungkin ada yang sudah biasa pergi ke sana tiap-tiap tahun tetapi bagi saya, ini bakal menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Bercakap mengenai isu melibatkan agensi umrah yang dikatakan telah memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas jemaah umrah baru-baru ini, pasangan suami isteri ini mengakui tidak berasa bimbang kerana yakin dengan integriti pihak Al Khairi Travel & Tours sebagai sebuah agensi umrah yang sah dan berdaftar.

Sekadar info, Hafiz dan Julia mengikat tali perkahwinan mereka pada 14 Disember 2022.