berita

Jumlah ‘Subscriber’ Cecah 70 Juta Di Youtube, Blackpink Artis Pertama Berjaya Kalahkan Justin Bieber

November 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kumpulan Blackpink mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama meraih lebih daripada 70 juta orang ‘subscriber’ di platform YouTube.

Raih 70 juta pengikut

Selaku agensi kumpulan Blackpink, YG Entertainment menyifatkan pencapaian kumpulan tersebut sangat luar biasa dan membanggakan. Ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa turut meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan karier mereka.

Tambah YG Entertainment, akaun YouTube kumpulan tersebut dibuka pada bulan Jun 2016. Lebih terharu, mereka berjaya mencapai angka terbabit dalam tempoh lima tahun lima bulan sahaja. Secara tidak langsung, Blackpink berada di kedudukan pertama paling ramai ‘subscribers’ di Youtube. Kumpulan ini juga berjaya mengatasi rekod bintang ternama dunia lain termasuk Justin Bieber. Setakat ini, Justin Bieber hanya memiliki 66.4 juta subscribers di Youtube.

Sumber: YG Entertainment

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×