berita

Jumpa Anak Kali Pertama Selepas Berpisah, Erra Rangkul Aleesya Seeratnya

March 20th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Erra

Bak kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa kasih ibu membawa ke syurga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai ikatan erat yang terjalin antara Erra Fazira, Engku Emran dan anak tunggal comel mereka, Engku Aleesya.

Artikel Berkaitan : Kerana Gambar Anak, Peminat Harap Erra & Bekas Suami Bersama Semula

Nampaknya, mereka tidak lekang memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada si cilik itu walaupun pernikahan mereka berakhir dengan perpisahan.

Buktinya, baru-baru ini perimadona tersebut telah memuatnaik sekeping foto bersama anaknya dan dipercayai merupakan kali pertama Erra bertemu Aleesya sejak perpisahannya dengan Emran.

Erra

Foto terbaru Erra Fazira dan Engku Aleesya

Foto yang dimuatnaik menerusi laman Instagram itu jelas menunjukkan wajah kerinduan seorang ibu kepada anaknya dan Erra juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk merangkul erat anak tunggalnya.

Peminat yang turut tersentuh dengan foto itu tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Erra Fazira dengan harapan agar wanita itu lebih tabah mengharungi dugaan hidup.

Bertuah Aleesya mempunyai kedua orang ibu bapa yang cukup sayang akan dirinya dan tidak pernah sekali mengabaikan tanggungjawab mereka.

Apapun, walaupun sudah membawa haluan masing-masing, diharapkan agar mereka bertiga dapat hidup dalam keadaan aman dan bahagia selepas ini. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto si comel Aleesya ini!

Kredit: Instagram Erra Fazira & Engku Emran

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)