berita

Jumpa Batu Misteri Ketika Mandi Sungai, Lelaki Kongsi Kisah Seram Rakan ‘Dirasuk’

September 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, seorang lelaki yang dikenali sebagai Fendymojo, berkongsi sebuah foto mengenai sebiji batu yang telah dijumpai olehnya ketika mandi di sebuah air terjun.

Menurut Fendy, dia tidak tahu mengenai jenis batu tersebut dan adakah ianya mempunyai nilai sekiranya dijual. Rata-rata netizen turut berkongsi pengetahuan dan kisah mereka sewaktu menjumpai batu yang sama. Siap ada kisah seram lagi!

Korang tahu tak ni apa?

Menurut pengguna Twitter, batu tersebut dikenali sebagai ‘Quartz’ dan ianya merupakan batu ketujuh paling keras. Jelas mereka lagi, batu tersebut tidak boleh dikikis jika dibandingkan dengan ‘Calcite’. Mereka turut melihat batu tersebut di kedai Feng Shui dan kedai perhiasan.

Mak tolong mak!

Namun begitu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiulakitum, berkongsi kisah seram mengenai rakannya yang dirasuk selepas membawa pulang sebiji batu ke rumah. Tambahnya, keluarga rakannya itu tidak percaya mengenai unsur mistik. Namun, mereka telah berjumpa dengan seorang ustaz untuk mendapatkan rawatan.

Satu keluarga kena rasuk

Kutip saka yang dibuang orang

Semasa melakukan rawatan tersebut, mereka mendapat tahu bahawa rakannya itu telah mengutip sebiji batu di sebuah sungai. Batu tersebut mempunyai tuan dan ianya merupakan saka yang telah dibuang. Sehingga hari ini, rakannya itu tidak seperti orang normal dan adakalanya dia kelihatan seperti orang kurang siuman. Sebagai kesimpulan, lelaki itu memberi nasihat buat semua masyarakat agar tidak mengutip sebarang benda di dalam hutan meskipun ianya sekadar batu.

Sumber: Fendymojo & Tiulakitum

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×