Seolah lupa akan azab seksa dan balasan menyekutukan Allah SWT, ada segelintir ahli masyarakat yang masih sanggup melakukan amalan syirik. Meskipun kedengaran aneh dengan ritual menyeramkan, pengamal aktiviti ini berbuat apa sahaja demi mencapai keinginan.

Seorang individu Iewan Lopez menceritakan penemuan botol misteri kubur arwah ayahnya yang menimbulkan tanda tanya untuk dirinya dan ahli keluarga.

Kakak jumpa botol kecil di kubur

Iewan menceritakan kakaknya menemukan satu botol kecil di kubur arwah ibu bapa mereka. Botol itu dijumpai dalam keadaan tertanam. Setelah diteliti, kakaknya mendapati ada sesuatu objek di dalam botol tersebut.

Tak puas hati nak tahu isi kandungan

Lelaki itu kemudiannya membersihkan botol berkenaan dan dapat melihat kain putih berbalut di dalam botol. Dia kemudiannya membaca ayat Kursi sebelum membuat keputusan membuang objek berkenaan.

Dinasihat tak buka botol

Seorang netizen menasihatkan supaya botol tersebut tidak dibuka kerana dipercayai mengandungi sihir pengunci di dalamnya.

Akibat pernah terbuka botol

Baca ayat Quran untuk tahu

Sihir pengunci penyebab sengsara

Seorang lagi individu turut berkongsi pandangan serupa mengenai objek misteri itu. Menurutnya, sihir pengunci adalah satu cara untuk membuat orang yang tidak disukai sengsara dan merana. Kebiasaannya dihantar ke atas pasangan berkahwin.

Sumber: Iewan Lopez, Khey Amir, G_Jaxc