berita

Jumpa Masjid Besar Di Kanada, Wanita Malaysia Ini Berhenti Nak Solat Tapi Mula Rasa Pelik Bila Nampak Wajah….

July 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Azie Clemmensen berkongsi pengalamannya mencari sebuah masjid di Regina, Kanada selepas selesai menjalani tempoh kuarantin bersama suami tercinta di negara berkenaan . Menurut Azie, cerita tersebut berlaku lebih kurang empat bulan yang lalu.

Cantiknya masjid

@azieclemmensenMisi mencari masjid Di Regina ##malaygirlinregina ##???? ##fyp ##fyp? ##rumahallah? Horror epic suspense movie theme song – Akito orchestra

Selepas habis kuarantin, perkara pertama yang saya cari ialah masjid. Gigih saya dan suami cari lokasi masjid. Alhamdulillah tiba-tiba nampak satu masjid baru dan yang terbesar di Regina. Yes, ada apartment berdekatan di sana. Cita-cita nak sewa rumah berdekatan masjid. Bersyukur tak henti-henti. Cantiknya masjid ini, kebetulan waktu ni lockdown. Kami tidak pasti sama ada masjid dibuka atau tidak. Baca notis di pintu masjid, Alhamdulillah masjid dibuka untuk solat. Kebetulan hari tu solat Jumaat. Sementara nak tunggu solat jumaat, kami jalan di sekeliling masjid dan cuaca sangat sejuk. Ehhh?

Menurut Azie, dia dan suami bersyukur kerana berjaya menjumpai sebuah masjid berhampiran sebuah apartment di Regina. Jelasnya, masjid tersebut sangatlah besar dan cantik. Tambahnya lagi, masjid tersebut dibenarkan beroperasi dan mereka sempat untuk menunggu jemaah lain untuk solat jumaat di situ. Namun begitu, sesuatu yang aneh telah berlaku dan disedari oleh Azie semasa mereka berjalan di sekeliling masjid berkenaan.

@azieclemmensenMisi mencari masjid Pt 2. ##malaygirlinregina ##???? ##fyp ##fyp? ##rumahAllah? Horror epic suspense movie theme song – Akito orchestra

Ujar Azie, dia dan suami berasa tidak sedap hati selepas melihat satu potret dan ‘poster’ di tepi masjid tersebut. Oleh kerana perjalanan mereka agak jauh tadi, suami Azie menyarankan supaya mereka tunggu terlebih dahulu dan solat Jumaat di situ. Lebih hairan, pasangan ini tidak nampak banyak orang yang hadir ke masjid berkenaan semasa solat Jumaat. Selepas solat, Azie memberitahu bahawa imam masjid tersebut ingin berjumpa dengannya dan perasaan ingin mengenai siapa dalam poster berkenaan semakin membuak-buak di dalam fikirannya.

Siapa orang dalam poster tersebut?

@azieclemmensenMisi mencari masjid part 3. ##malaygirlinregina ##???? ##mencarimasjiddiregina? Horror epic suspense movie theme song – Akito orchestra

Azie sempat bertemu dengan seorang pendakwah dan penjaga masjid berkenaan. Menurut Azie, masjid itu diberi nama Mahmood. Bercerita lebih lanjut, Azie memberitahu bahawa pendakwah tersebut ingin mengalukan-alukan kedatangan mereka. Mereka dibawa untuk melawat kesemua kawasan dan ruang yang terdapat di dalam masjid tersebut. Ternyata, memang besar dan terdapat pelbagai kemudahan. Jelas pendakwah tersebut, masjid itu dibana menerusi hasil sumbangan masyarakat di Regina. Selepas melawat semua ruang di masjid, Azie dan suami dipercayai meminta izin untuk beredar. Namun, pendakwah tersebut meminta mereka untuk datang ke ruangan pejabat sebelum beredar.

@azieclemmensenMisi mencari masjid. Finale ##malaygirlinregina ##???? ##fyp ##mencarikeredhaannya ##mosque? Anxious horror / suspense theme song – MappoCo

Sebaik sahaja memasuki ruangan pejabat tersebut, Azie terkejut apabila mengetahui masjid ini mengamalkan ajaran ahmadiyah. Mereka turut mempunyai kolej di situ. Azie turut sempat berfikir mengenai ajal dan maut mereka dan bagaimana hendak mencari komuniti Islam bagi mendapatkan pertolongan. Oleh itu, mereka perlu mencari masjid yang betul. Pasangan ini juga berjumpa dengan pelbagai rupa masyarakat Islam di sana dan berharap video yang dikongsikan ini boleh memberi pengajaran buat semua.

Apa itu ajaran ahmadiyah?

Ahmadiyah merupakan sebuah gerakan Islam yang bermula di Punjab, India semasa India masih lagi sebuah koloni British. Ajaran ini dipercayai dimulakan oleh Mirza Ghulam Ahmad dan nama ‘Ahmadiyah’ itu diambil daripada nama timangan Rasulullah iaitu ‘Ahmad’.  Untuk pengikut ajaran tersebut, mereka digelar sebagai ‘Ahmadi’. Mereka memegang kepercayaan yang boleh dikatakan berlandaskan amalan Islam namun, menyimpang jauh dalam beberapa bahagian.

Sedikit perkongsian mengenai Mirza, beliau pernah mengurungkan dirinya secara keseorangan dan berdoa kepada Allah selama 40 hari ketika hendak menentang pemimpin gerakan reformasi Arya Samaj. Sejak dari tu juga, beliau bekata tuhan sudah memberi petunjuk mengenai hala tuju yang perlu diambilnya. Bahkan, Mirza turut mengaku bahawa dirinya merupakan nabi dan bertanggungjawab meneruskan usaha Rasulullah serta dilantik sebagai Imam Mahdi.

Sumber: Azie Clemmensen

SKIP THIS AD ×