
Ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal, Dato’ Afdlin Shauki menghembuskan nafas terakhir petang tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Al-Fatihah
Menerusi perkongsian di Instagram, Afdlin memaklumkan ibunya, Puan Fadzillah Jelani meninggal dunia pada pukul 5.56 petang tadi. Beberapa hari lalu, ibu beliau dimaklumkan menjalani rawatan jantung di institut tersebut.
Salam takziah buat semua keluarga. Moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.