Pelakon Zara Zya tampil menafikan ketika ini dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang usahawan.

Artikel Berkaitan: Individu Tinggal Komen Lucah, Zara Zya Anggap Kurang Ajar – ‘Kasihan Pada Diri & Keluarga Kamu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zara Zya Digelar ‘Wanita Kanser’, Dedah Terima Mesej Negatif – ‘Jangan Pandang Rendah Pada Orang Seperti Saya’

Tiada hubungan

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, menegaskan bahawa dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan berkenaan.

Zara juga berkata, khabar angin mengenai hubungannya bersama usahawan itu adalah keterlaluan.

Maaf cakap, ini sudah melampau. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan.

Hubungan kami hanyalah kenalan biasa, jumpa pun baru sekali.

Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya.

Sementara itu, Zara juga meminta usahawan tersebut untuk berhenti daripada berkongsi kisah mereka yang didakwa tidak benar sama sekali.

Saya harap dia berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga.

Saya juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan macam ini.

Meskipun Zara tidak menyatakan identiti individu tersebut namun rata-rata warganet mengaitkannya dengan usahawan dan juga bekas tunang kepada aktres, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Tedahulu, dalam sebuah temubual, Khazrul menyatakan bahawa dia tidak menolak seandainya berjodohan dengan Zara, selain memuji personaliti yang dimiliki pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu.

Sumber: Threads