berita

Jumpa Rakan Facebook Selepas Ditawarkan Stroller, Wanita Hamil Ini Ditemui Mati & Bayi Dalam Kandungan ‘Dicuri’

May 17th, 2019 | by faris
Kini Trending

Gara-gara terlalu percayakan kenalan group Facebook, seorang wanita hamil menanggung akibat apabila dia dibunuh kejam dalam satu kejadian di Chicago, Amerika Syarikat.

Marlen Ochoa-Lopez menghilang sejak 23 April lalu setelah memuatnaik status di group ‘Help A Sister Out’ jika ada sesiapa yang mahu memberi barangan keperluan bayi untuknya yang akan bersalin.

Jumpa kenalan Facebook

Seorang wanita memberi respon kepada Marlen dan menawarkan pakaian bayi dan beberapa barangan baru kepadanya. Wanita itu kemudiannya meminta Marlen menghantar mesej secara peribadi (PM).

Marlen kemudiannya ke satu lokasi 4100 block of West 77th Place untuk bertemu dengan kenalan Facebooknya itu untuk mendapatkan kereta sorong bayi seperti dijanjikan mereka. Ibu hamil itu tidak menjemput anaknya berusia 3 tahun di sebuah pusat jagaan, keluarga Marlen melaporkan wanita itu hilang.

Hari yang sama, seorang bayi dikejarkan ke sebuah pusat perubatan dengan kerosakan bahagian otak. Ahli keluarga Marlen yang menjalani ujian DNA mendapati bayi tersebut adalah anak Marlen.

Ditemui dalam tong sampah

Mayat Marlen ditemui Selasa lalu dalam tong sampah di belakang rumah wanita yang menawarkan barangan tersebut. Marlen dijerut sampai mati menggunakan wayar kabel dan lebih mengerikan, bayi dalam kandungannya dikeluarkan dengan paksa dan dihantar ke hospital.

Suspek yang terlibat adalah Clarisa Figuero, suami, menantu dan anak perempuannya Desiree yang menurut polis telah mengaku terbabit dalam jenayah kejam itu.

Pada Selasa, polis menemui cecair peluntur di dalam rumah suspek selain pakaian terbakar. Kesan darah turut dilihat di ruang tamu dan bilik air.

Sumber: CNN, Washington Post, Fox 32

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×