berita

Jungkook BTS Jadi Tukang Masak Di Kem Tentera

March 20th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, meskipun sedang menjalani latihan ketenteraan, ahli kumpulan K-pop terkenal iaitu Jung-kook BTS dilihat masih aktif di media sosial untuk berkongsi perkembangannya kepada para peminat.

Jungkook jadi tukang masak

Menerusi hantaran terbaharu Jung-kook di Weverse, pelantun lagu ‘Standing Next To You’ itu memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan kini sedang berkhidmat sebagai tukang masak di kem latihan tentera.

Saya sihat. Saya bekerja keras untuk bersenam. Saya juga sangat pandai membersihkan kawasan, hingga ke siling. Selain itu, saya juga telah memasak untuk kru.

Menurut laporan dari industri muzik dan pihak berkuasa yang berkaitan, Jung-kook telah beralih peranannya sebagai ‘tukang masak’ selepas menamatkan latihan asas di kem tentera.

Sebelum ini, Jung-kook juga sering menunjukkan kemahiran memasaknya sewaktu sesi siaran langsung di Weverse bersama para peminat.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×