Seorang jurulatih kickboxing Jawa Timur, Indonesia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap atlet wanita berusia 24 tahun.

Artikel Berkaitan: Kait Buah Avokado Untuk Isteri Hamil, Lelaki Maut Didakwa Terkena Renjatan Elektrik

Artikel Berkaitan: Pelajar Maut Di Asrama Dipercayai Dipukul Senior Guna Paip Getah

Jurulatih buat gangguan seksual

Mahkamah Daerah Jombang turut mengenakan denda 10 juta rupiah terhadap tertuduh yang dikenali sebagai WPC berusia 44 tahun. Jika gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 30 hari.

Hakim mendapati tertuduh melakukan sentuhan fizikal terhadap mangsa tanpa persetujuannya, termasuk memeluk, mencium dahi dan membelai rambut mangsa.

Dalam perbicaraan, tertuduh didapati memberikan layanan istimewa kepada mangsa sejak 2018 ketika dia bertindak sebagai jurulatih atlet berkenaan. Antara layanan tersebut termasuk mengajak mangsa menginap di Hotel Greenland atas alasan memantau keadaan atlet.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati tindakan fizikal tertuduh telah melampaui batas hubungan profesional antara jurulatih dengan atlet.

Mahkamah turut mengambil kira kesan psikologi yang dialami mangsa, manakala dakwaan hubungan intim antara mereka tidak dapat dibuktikan.

Kesalahan seksual itu didakwa berlaku antara 2023 hingga 2024 ketika mangsa menjalani latihan pusat sebagai persediaan menghadapi kejohanan antarabangsa.

Sumber: Surabaya Kompas