berita

Jururawat Balik Kampung Bawa Covid-19, Jangkiti 4 Orang Termasuk Bayi Berusia 22 Hari

November 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Peningkatan kes bilangan positif Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan secara tidak langsung mencetuskan kegusaran orang ramai. Terbaru, di Kota Bahru, Kelantan terdapat empat jangkitan kes baharu melibatkan seorang bayi perempuan yang baru berusia 22 hari.

Jangkitan ini dipercayai berpunca daripada kepulangan seorang jururawat dari Selangor yang balik ke kampung halaman.

Pulang ke kampung

Gambar hiasan

Difahamkan, jururawat wanita berkenaan pulang ke kampung di Kuala Balah, Jeli bersama seorang lagi rakannya pada Oktober lalu sebelum mereka kembali ke bertugas di Selangor sebelum disahkan positif Covid-19. Sepanjang dia berada di kampung, jururawat tersebut sempat bertemu dengan neneknya yang berusia 75 tahun, ibu, adik dan seorang bayi berusia 22 hari.

70 saringan dilakukan

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan iaitu Dr Zaini Hussin berkata pihak kesihatan telah melakukan 70 ujian saringan Covid-19 terhadap kontak rapat empat mangsa tersebut di Kuala Balah, Jeli pada hari Isnin lalu.

Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti.

Sehingga kini pihak kami sudah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif.

Sumber: Harian Metro, KKM

SKIP THIS AD ×