berita

Jururawat Bunuh Tujuh Bayi Baru Lahir – ‘Saya Bunuh Mereka Dengan Sengaja’

August 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

jururawat bunuh bayi

Seorang wanita Britain yang bertugas sebagai jururawat dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah kerana membunuh tujuh bayi yang baru lahir.

Bunuh tujuh bayi

bunuh 7 bayi

Tertuduh iaitu Lucy Letby telah disabitkan kesalahan pada Jumaat lepas. Selain membunuh lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan, tertuduh yang berusia 33 tahun ini didapati cuba melakukan perbuatan sama terhadap enam bayi lain ketika mereka berada dalam jagaannya di hospital Chester antara Jun 2015 dan Jun 2016.

Memetik laporan Al Jazeera, Letby dipercayai melakukan pembunuhan itu dengan pelbagai cara seperti memberi susu secara berlebihan, meracuni mangsa dengan insulin dan menyuntik masa dengan udara.

Saya tidak layak untuk hidup’

Menurut sumber, pihak polis ada menemui satu nota yang dipercayai ditulis oleh Letby.

Saya tidak layak untuk hidup. Saya membunuh mereka dengan sengaja kerana saya tidak cukup baik untuk menjaga mereka. Saya seorang yang jahat yang mengerikan. Saya jahat saya melakukan ini.

Letby telah ditahan polis pada Julai 2018 namun dibebaskan selepas diikat jamin. Letby kemudian ditangkap tiga kali lagi pada tahun-tahun berikutnya sebelum didakwa pada November 2020 yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara seumur hidup ketika perbicaraan pada Jumaat lalu.

Sumber: Al Jazeera, CNN, The New York Times, The Times

SKIP THIS AD ×