berita

Jururawat ‘Diganggu’ Selepas Potong Tali Tangkal Semasa Urus Mayat Wanita Tua

November 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Walaupun sudah berada dalam era permodenan, pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat kita masih lagi berleluasa semata-mata untuk memenuhi apa yang mereka hajati. Walaupun amalan ini secara terang-terangan telah melanggar hukum agama dan syarak tetapi golongan ini langsung tidak mengendahkannya sehingga mereka sanggup menggunakan ilmu hitam ini untuk mempergunakan orang lain.

Terbaru, satu laman Facebook ada berkongsi tentang pengalamannya merawat pesakitwanita yang merupakan seorang jururawat di salah sebuah hospital. Jururawat tersebut dikatakan terkena ilmu hitam selepas dia membuka ‘tangkal’ milik seorang pesakit yang telah meninggal dunia.

Waktu maghrib akan mengantuk

Sekadar gambar hiasan

Hari ini merawat seorang staff nurse yang terkena gangguan. Balik dari kerja minggu lepas tiba-tiba beliau kembung perut, sedawa dan sakit kepala. Pergi buat pemeriksaan, doktor hanya mengesahkan angin gastrik sahaja. Tekanan darah semuanya normal, kencing manis semuanya tiada apa masalah. Tetapi bila balik rumah kepala jadi berat.

Masuk waktu asar berdebar-debar gelisah tanpa sebab. Masuk maghrib mata jadi mengantuk sangat-sangat, masuk maghrib mesti nak tidur. Tapi bila tengah malam pula jadi sukar tidur, seolah diperhatikan seseorang, kepala belakang tengkuk belikat rasa berat, lenguh dan rasa sakit. Disebabkan ia berlarutan sehingga seminggu, rawatan di hospital tiada perubahan. Atas nasihat kawan-kawan beliau datang buat rawatan.

Sebelum ini beliau kurang percaya tentang masalah gangguan makhluk halus ini. Ketika datang jumpa saya, badan beliau sangat lemah. Beliau kata nak makan jadi macam tersangkut tercekik, tersedak dan ada masa susah nak bernafas. Bila masuk makanan nak termuntah balik. Disebabkan itu keadaan beliau jadi stress, bila di tempat kerja jadi sakit-sakit seluruh sendi badan. Bila saya ruqyah beliau ternyata ada gangguan dalam badan. Ketika di Ruqyah dengan ayat suci Al Quran, beliau menjerit sekuat hati.

Buka tali tangkal pada jenazah

Sekadar gambar hiasan

Bila ditanya dari mana ia datang? Terus beliau menjawab, ‘Aku ikut dia selepas dia potong tali di pinggang Tuan aku’. Kemudian saya bertanya, ‘Tali Apa?’ Dia menjawab, ‘Tali yang dipakai Tuan aku sekian lama. Tuan aku tak pernah buka tali yang dipakai dipinggangnya sejak Tuan aku ambil aku dulu’.

Tanpa buang masa saya sambung ruqyah izin Allah, Alhamdulillah dapat keluarkan jin yang menumpang tersebut. Bila beliau sedar saya tanya beliau, ‘Ada tak puan buka tali tangkal dari pesakit?’ Ya memang ada. Di wad yang beliau jaga, setiap kali pesakit meninggal dunia, tugas beliau akan kemaskan apa yang ada pada badan jenazah. Memang minggu lepas ada seorang jenazah wanita sakit tua baru meninggal dunia.

Memang ia ada pakai tangkal hitam diikat di pinggang beliau. Macam biasa beliau akan potong tangkal tersebut, sama ada yang ada kat tangan semuanya beliau akan potong. Dengan tujuan untuk kemaskan jenazah. Memang beliau teringat ketika potong tali tersebut seolah ada rasa sesuatu angin masuk dari belakang beliau. Sejak dari itu lah baru beliau ingat beliau kerap sakit badan.

Selalu mimpi seram

Sekadar gambar hiasan

Bila masuk waktu malam susah tidur, kerap mimpi budak, mimpi orang kejar, mimpi tempat kotor, mimpi seseorang yang tak dikenali nak bagi sesuatu, mimpi ular dan macam-macam lagi yang menakutkan.

Syukur alhamdulillah selepas rawatan beliau ada hubungi saya dan beritahu keadaannya semakin sembuh.Tiada lagi sakit-sakit badan seperti sebelum ini. Jika anda terjumpa seperti terutama pada staff nurse atau mereka yang berkerja di hospital. Jika anda terjumpa tangkal pada jenazah yang mesti dipotong caranya mudah sahaja.

Sebelum potong tangkal tersebut, pegang tali tangkal itu lalu baca surah Al Fatihah 3 kali, Al ikhlas 7 kali, Ayat Qursi 3 kali dan selawat 3 kali. Kemudian bermohon pada Allah agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tak diingini. InshaAllah dengan izin Allah, akan dilindungi Allah dan terhindar dari gangguan makhluk halus.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

SKIP THIS AD ×