berita

Jururawat Dipukul, Muka Digigit Pesakit COVID-19 Yang Enggan Dirawat

April 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Guangzhou China, seorang jururawat didakwa telah diserang pesakit yang enggan mendapatkan rawatan COVID-19. Suspek yang berumur 47 tahun berasal dari Nigeria masuk ke Guangzhou pada 20 Mac dan mendapat rawatan di hospital pada 23 Mac setelah disahkan positif.

Serang jururawat

Foto: shine.cn

Memetik laporan World of Buzz, suspek yang bernama Okonkwonwoye Chika Patrick enggan memberi kerjasama berkenaan dengan prosedur rawatan dan menyerang jururawat yang bertugas.

Pada 1 April, Biro Keselamatan Awam Guangzhou menerima aduan di mana pesakit di wad isolasi Guangzhou No.8 People’s Hospital  menyerang jururawat sehingga mendatangkan kecederaan. Menurut laporan, ketika kejadian jururawat memaklumkan pesakit mengenai ujian darah yang perlu dijalaninya.

Pukul & gigit muka

Foto: World of Buzz

Walau bagaimanapun, dia enggan dan terus keluar dari wad isolasi. Jururawat bertugas cuba untuk menghalangnya keluar namun suspek bertindak ganas dengan memukul dan menggigitnya di bahagian muka.

Kesan daripada itu, terdapat kecederaan kecil di muka, leher dan pinggang mangsa.

Buat masa ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes dan hospital telah mengetatkan keselamatan masuk dan keluar wad isolasi. Suspek juga diperintah menjalani kuarantin dan rawatan dengan pengawasan pihak polis.

Lapor portal berkenaan lagi, suspek akan didakwa di bawah Undang-Undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit, Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Pentadbiran Keluar dan Masuk selepas proses rawatan selesai.

Sumber : World of Buzz, Shine.cn

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×