berita

Jururawat ‘Frontliner’ Positif Covid-19 Nekad Bunuh Diri, Tak Mahu Orang Lain Dijangkiti

March 26th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Itali, seorang jururawat yang berkhidmat di Hospital San Gerardo telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri.

Bimbang menjangkiti orang lain

Menurut laporan yang dipetik daripda Mirror Uk, mangsa yang dikenali dengan nama Daniela Trezzi nekad dengan tindakannya membunuh diri selepas ujian pemeriksaan kesihatan mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19. Mangsa bekerja sebagai jururawat frontliner di unit rawatan rapi dengan menguruskan pesakit Covid-19 berasa bimbang virus yang ada pada dirinya itu akan menjangkiti orang lain.

Menurut sumber, mangsa yag berusia 34 tahun itu turut dipercayai mengalami tekanan kerja lebih-lebih lagi apabila hospital tempatnya berkhidmat itu terletak dalam wilayah yang paling teruk terjejas dengan wabak maut ini. Keadaan kesihatannya bertambah teruk selepas dia diagnosis Covid-19.

Dikuarantin tanpa pengawasan

Persekutuan Jururawat Kebangsaan di Itali turut meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan pemergian seorang jururawat barisan hadapan. Sementara itu, Pengarah Hospital San Gerardo iaitu Mario Aparone memberitahu Daniela Trezzi sebelum ini telah dikuarantinkan di hospital sejak 10 Mac 2020 yang lalu dan dia tidak berada di bawah pengawasan. Tambahnya lagi, pihak hospital juga berisiko mengalami tekanan kerja yang teruk memandangkan mereka kekurangan pekerja.

Media tempatan turut melaporkan bahawa pihak berkuasa kehakiman kini sedang menjalankan siasatan berhubung dengan kes tersebut.

Sumber: Mirror Uk, Daily Mail

SKIP THIS AD ×