berita

Juruteknologi Makmal Meninggal Dunia Di Perlis Bukan Kerana Vaksin Covid-19

March 22nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini seorang juruteknologi makmal perubatan Klinik Kesihatan Kangar disahkan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin. Walau bagaimanapun, mangsa meninggal dunia bukan disebabkan oleh vaksin tetapi akibat terkena serangan jantung.

Menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes ini tiada kaitan dengan suntikan vaksin Covid-19 yang diterimanya sebelum itu.

Meninggal akibat sakit jantung

Menurut Dr Sirajuddin Hashim berdasarkan rekod perubatan, arwah yang berusia 42 tahun mempunyai sejarah serangan jantung dan pernah menjalani pembedahan angioplasty sekitar 2013.

Arwah pernah menjalani suntikan vaksin Covid-19 (Corminarty) dos pertama pada pagi 2 Mac lalu dan tidak mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak menunjukkan kesan sampingan.

Pada hari pertama selepas suntikan, dia hanya mengadu rasa lenguh pada bahagian tangan di tempat suntikan serta disertai gejala pening tetapi dia masih boleh menjalankan tugas seperti biasa.

Malah, dia masih meneruskan tugasan hariannya seperti biasa selepas didapati tiada sebarang masalah kesihatan dihadapinya pada hari kedua selepas proses suntikannya itu sehinggalah Jumaat lalu.

Tambahnya lagi, pada awal pagi semalam, isterinya yang juga seorang doktor pakar mendapati mangsa mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Jangan sebar maklumat tidak tepat

Mangsa turut dipercayai mengalami sawan serta tidak sedarkan diri selepas itu yang mana bantuan awal menerusi CPR (bantuan pernafasan mulut ke mulut atau cardiopulmonary resuscitation) dilakukan di rumahnya sebelum mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar. Disebabkan keadaannya itu, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTF serta menjalani aktif resusitasi namun mangsa gagal diselamatkan

Kita menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih. Ini bertujuan bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Dr Sirajuddin memaklumkan bahawa berdasarkan simptom, tanda klinikal dan kes, pakar kecemasan mengesahkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan oleh serangan jantung dan tidak mempunyai kaitan dengan vaksinasi Covid-19. Dia turut menyeru agar orang ramai tidak menularkan maklumat tidak betul.

Sumber :KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×