berita

Justin Bieber Buat Lagu Untuk Selena Gomez?

January 29th, 2013 | by Ai
Hollywood

Justin Bieber

Pada hari ini penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Baby,’ iaitu Justin Bieber bakal mengeluarkan album terbarunya berjudul ‘Believe Acoustic’ di mana album tersebut bakal memuatkan 11 lagu popular penyanyi ini yang dibawakan secara akustik.

Antara lagu-lagu yang terkandung di dalam album tersebut adalah Boyfriend, As Long As You Love Me, Beauty And A Beat, All Around The World, Yellow Raincoat, I Would dan Nothing Like Us.

Menerusi album terbarunya ini, Justin Bieber turut bekerjasama dengan beberapa pengarah muzik baru seperti Rihanna, Big Sean serta Tom Strahle.

Dalam pada itu, menurut laporan di MTV.com, album terbaru ini juga merupakan luahan hati Bieber sendiri mengenai kehidupan peribadinya dan menerusi laman Twitter Bieber, penyanyi ini turut menyebut perkara tersebut.

Twitter Justin Bieber 1 Screen Shot 2013-01-28 at 10.57.48 PM

Untuk makluman pada 23 Januari lalu, lagu terbaru Justin Bieber berjudul ‘Yellow Raincoat’ baru sahaja di muat naik menerusi laman YouTube dan menurut sumber, lirik lagu ini menceritakan tentang bekas kekasihnya, Selena Gomez. Ingin tahu betul ataupun tidak, jom hayati lirik lagu tersebut selepas ini.

Sumber : MTV.com, popdust.com

SKIP THIS AD ×