Anak lelaki kepada pempengaruh dan usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Kacak atau nama lengkapnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin memaklumkan dirinya lebih menggemari juadah ringkas meskipun lahir dari kalangan keluarga yang berada.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Kacak Hadiahkan Cermin Mata Hitam Untuk Bodyguard Cik B – ‘Mungkin Dia Rindu Arwah Abang-Abang’

Juadah ringkas lagi sedap

@kacak_kingdom

nasi pulak panas2 perghh korang layan..makanan mudah..bila tak tahu nak makan apa #datoserivida #cikbhavoc #fypage #pageforyou #masukberandafyp #fypシ゚ #pageforyou_🔥 #kacakworld

♬ original sound – agetape

Menerusi hantaran di TikTok, Kacak berkongsi bahawa juadah ringkas seperti nasi putih bersama telur masak kicap lebih memuaskan dan menyelerakan berbanding juadah mewah.

Ada yang kata, anak-anak orang kaya mesti selalu makan makanan mewah kan?

Tak semestinya selalu makan mewah-mewah. Kadang-kadang, suka ja makan nasi dengan telur kicap.

Kadang-kadang makanan simple macam ini lagi sedap sebenarnya.

Netizen puji Kacak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Kacak. Malah, ada yang memuji Kacak kerana tetap berselera menjamu juadah ringkas meskipun lahir dalam keluarga yang berada.

Sumber: TikTok