berita

‘Kad Pengenalannya Lelaki & Dia Seorang Lelaki Secara Biologinya’ – Kerajaan Kesal Tindakan Usahawan Kosmetik

February 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Isu membabitkan seorang usahawan kosmetik yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah dengan mengenakan telekung persis wanita telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah dari agensi pelancongan dan juga pendakwah bebas.

Terbaru, pihak kerajaan turut mengeluarkan kenyataan susulan daripada perlakukan individu tersebut dan meluahkan rasa kesal tentang perkara itu.

Jejaskan imej Islam

Menerusi laporan Sinar Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan yang dibuat oleh usahawan kosmetik itu telah menjejaskan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

Kata Mujahid, pihaknya juga telah menerima banyak aduan daripada jemaah yang menyaksikan perbuatan usahawan kosmetik tersebut yang bertelekung seperti wanita, selain turut bergaul dan berada di ruang solat wanita sehingga menimbulkan ketidakselesaan.

Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan.

Kad pengenalannya adalah lelaki dan dia seorang lelaki secara biologinya. Apabila di Mekah dia berpakaian telekung dan sudah tentu berpakaian wanita. Semua pergerakan, tempat yang dia lawati dan ruang solat dia adalah bersama wanita. Ini menimbulkan ketidakselesaan kerana ia telah menceroboh ruang dikhaskan kepada wanita

Tunggu laporan

Tambah Mujahid pihaknya sedang menunggu laporan berhubung perkara tersebut dan kini beliau juga berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan agensi pelancongan yang menguruskan perihal umrah membabitkan usahawan kosmetik itu.

Mujahid berkata agensi pelancongan yang membawa usahawan kosmetik tersebut sepatutnya sudah sedia maklum tentang status individu itu.

Saya tidak tahu apa janji dia kalau bawa pergi umrah. Apa janji dia untuk tidak menimbulkan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata tindakan usahawan kosmetik tersebut tidak menjejaskan kuota haji negara itu selepas ini.

Ini lebih kepada masalah individu yang perlu ditangani iaitu tiada salahnya jika dia pergi (Mekah) dalam keadaan lelaki.

Susulan itu Mujahid berkata kerajaan akan memanggil semua agensi pelancongan bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang kelak.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×