berita

‘Kadang-Kadang Kita Jangan Salahkan Mana-Mana Pihak’ – Noorkhiriah Geram Dengan PU

September 27th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siapa tidak kenal selebriti kecil molek Noorkhiriah yang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Setiap watak yang dibawakannya pasti dijiwai sepenuh hati sehingga memberi kesan kepada penonton.

Aktif di Instagram, Nurkhiriah semalam telah memuatnaik status ‘geram’ dengan seorang pencetus ummah (PU). Eh kenapa pula tu?

Geram dengan PU

Pelakon drama Nur ini meluahkan rasa geram dengan tindakan seorang PU yang seakan tidak berpuas hati dengan golongan selebriti. Noorkhiriah berpendapat lagi, PU janganlah menyalahkan mana-mana pihak dengan sebarang kejadian yang berlaku.

Beliau juga memohon maaf jika luahan rasa ini menimbulkan rasa tidak puas hati PU.

Cuma luahkan apa saya rasa

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan pendapat Noorkhiriah, ada juga yang mempertahankan tindakan pencetus ummah tersebut.

Respon netizen

‘Sis dia hanya menegur’

Walaubagaimanapun, tidak dapat dikenalpasti siapa pencetus ummah yang dimaksudkan. Noorkhiriah juga didapati telah memadam status.

Sumber : Noorkhiriah

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×