berita

Kadar Tol PLUS Turun 18%, Tiada Kenaikan Selama 38 Tahun

January 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Berita baik buat semua pengguna lebuh raya milik PLUS, mulai dari 1 Feb 2020 Putrajaya akan melaksanakan pengurangan kadar bayaran tol sebanyak 18%. Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (Link Kedua).

Selain itu, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP) juga tersenarai. Langkah ini dilaksanakan, kadar tol baru ini lebih rendah berbanding kadar tol pada 1999 iaitu 11.24 sen/km.

Mengurangkan 18% tol PLUS

Kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan akan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km. Kadar tol Jalan Duta ke Alor Setar akan ditetapkan kepada RM45.50 berbanding RM55.50, manakala kadar tol Jalan Duta ke Skudai menurun kepada RM38.50 daripada RM47.00 sekarang ini.

Dalam kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir, syarikat konsesi itu juga dikehendaki mengurangkan kadar bayaran tol sebanyak 18% dan mengekalkannya di semua lebuh raya PLUS untuk tempoh masa 30 tahun.

Kita akan laksanakan ia terus pada kadar 18% bermula tahun ini.

Tidak akan naik sepanjang 38 tahun ini

 

 

Tambah kenyataan itu lagi, tiada kenaikan tol Lebuhraya PLUS  selama 38 tahun dari tahun 2020 sehingga 2058. Kerajaan tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS, di mana kerajaan bakal mendapat penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM42 billion sepanjang tempoh konsesi tersebut.

PLUS juga kekal sebagai pengendali dan akan terus memegang aset dan liabiliti syarikat serta mengurus pembiayaan kos operasi dan penyelenggaraan.

Sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×