berita

Kahwin Dua Sekaligus, Pekerja Sawit Ajak Isteri-Isteri Tinggal Satu Rumah – ‘Mereka Bertiga Kawan Baik’

February 25th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pemuda yang baru menikahi dua wanita sekaligus baru-baru memberitahu telah membawa kedua-dua isterinya itu tinggal sebumbung di rumahnya.

Kahwin dua sekaligus, tinggal sebumbung

Sekadar gambar hiasan

Detik perkenalan si suami, Arianto yang berusia 24 tahun bersama dua isterinya iaitu Desi Lestari, 20 dan Suci Ramadan, 17, bermula menerusi perkenalan menerusi aplikasi WhatsApp. Difahamkan, Desi dan Suci tinggal berdekatan dan mereka juga merupakan kawan baik. Kedua-dua mereka dikatakan sering bertemu dengan Arianto dan keakraban antara mereka menyebabkan terjalinnya hubungan cinta tiga segi selama empat tahun.

Arianto kemudian membuat keputusan untuk memperisterikan Desi dan membawa gadis itu bertemu keluarganya. Tetapi siapa sangka, berita tersebut sampai ke pengetahuan Suci yang juga merupakan teman wanita Arianto. Suci kemudian nekad bertemu dengan keluarga Arianto dan memberitahu bahawa dia tidak mahu berpisah dengan teman lelakinya itu. Malah, dia turut meminta Arianto mengahwininya. Situasi tersebut akhirnya membawa kepada penyatuan mereka bertiga.

Selepas mendapat restu daripada keluarga Suci dan Desi, Arianto yang bekerja sebagai petani ladang sawit membuat keputusan untuk menikahi kedua-dua gadis tersebut. Selepas bernikah, Suci dan Desi yang kini bergelar madu tinggal bersama di rumah Arianto.

Sumber: TVOnews

SKIP THIS AD ×